View: 13392|Reply: 0
|
[Kelantan]
Banjir: Pesawah KADA rugi RM17 juta
[Copy link]
|
|
SYED Ali Dustur Syed Mohd. Zain (dua dari kiri) menyampaikan replika penerimaan bantuan ternakan di Pejabat KADA Pasir Puteh, Kelantan, hari ini. UTUSAN/TOREK SULONG
PASIR PUTEH: Lembaga Pertanian Kemubu (KADA) merekodkan kerugian sebanyak RM17 juta apabila padi yang ditanam 1,239 orang pesawah ditenggelami banjir baru-baru ini.
Ahli Lembaga Pengarah KADA, Syed Ali Dustur Syed Mohd. Zain, berkata, kebanyakan petani tidak sempat menuai padi yang sudah masak berikutan hujan lebat berterusan dalam tempoh dua minggu.
“Kerugian yang ditanggung pesawah adalah diluar jangkaan kerana hujan lebat datang lebih awal berbanding sebelum ini.
“Selain itu, kita dapati kerja-kerja menanam padi tidak mengikut jadual yang disyorkan KADA turut menjadi punca menyebabkan petani mengalami kerugian,” kepada pemberita selepas Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan Petani Agro Industri Selain Padi di Pejabat KADA Pasir Puteh, di sini hari ini.
Seramai 667 petani KADA menerima bantuan baka lembu, kambing dan biri-biri dengan peruntukan sebanyak RM1.5 juta melibatkan enam daerah KADA di negeri ini.
Syed Ali memberitahu, KADA akan mencari pendekatan bagi meringankan bebanan yang dialami oleh para petani ketika ini.
Katanya, pada masa sama KADA akan terus melaksanakan bancian jika ada pesawah yang terkena tempias banjir gelombang kedua nanti.-UTUSAN
https://www.utusan.com.my/berita ... ada-rugi-rm17-juta/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|