CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4305|Reply: 0

[Johor] Remaja usia 11 tahun hidap diabetes

[Copy link]
Post time 18-12-2023 12:15 PM | Show all posts |Read mode

AZRA IZZAREEN (kanan) bersama bapanya ketika menerima ziarah daripada Mohd. Youzaimi (kiri) di rumah sewa keluarganya di Taman Sri Mersing, Mersing baru-baru ini.

MERSING – Seorang kanak-kanak di Taman Sri Mersing, di sini, berdepan ujian hebat apabila disahkan menghidap diabetes pada usia baru 11 tahun sehingga menggangu penglihatannya.

Keadaan itu menyebabkan murid darjah lima Sekolah Kebangsaan Sri Mersing, Azra Izzareen Md. Azizudin terpaksa mengambil insulin sebanyak empat kali sehari.

Bapanya, Md. Azizuddin Md. Yatim, 45, berkata, anak bongsunya itu sudah lima bulan tidak dapat hadir ke sekolah ekoran penglihatannya yang kabur.

“Pernah dia ke sekolah, tetapi cikgu minta saya ambilnya pulang ke rumah kerana matanya kerap berair. Dia pula memang selalu minta kepada saya untuk pergi sekolah, namun keadaan kesihatannya itu membuatkan saya tidak membenarkan.

“Sejak disahkan menghidap diabetes, Azra perlu dicucuk insulin pada perutnya.

“Sekarang ini kedua-dua matanya kabur terutama apabila terkena cahaya dan dia tidak dapat memberi tumpuan di sekolah,” katanya ketika ditemui di rumah sewanya di Taman Sri Mersing, di sini baru-baru ini.

Terdahulu, kanak-kanak tersebut menerima kunjungan ziarah daripada Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd. Youzaimi Yusof.

Bapa tunggal kepada tiga anak itu berkata, Azra sepatutnya menjalani rawatan pembedahan mata di sebuah hospital, namun apabila tiba harinya, nama Azra tiada dalam sistem dan terpaksa pulang ke Mersing.

Katanya, dia pernah bertanya kepada pihak swasta untuk pro­ses pembedahan mata anaknya itu, namun kos yang diperlukan sebanyak RM7,000 bagi sebelah mata sahaja dan RM14,000 untuk kedua-dua mata.

Dia yang bekerja kebun dan menerima bantuan zakat setiap bulan juga kini tidak dapat keluar mencari rezeki kerana perlu menjaga anaknya itu yang perlu dipimpin untuk berjalan.

“Saya cuma berharap penglihatan Azra akan pulih semula. Jika tidak dapat bedah kedua-dua mata, sebelah sahaja sudah cukup,” ujarnya.

Orang ramai yang mahu membantu meringkankan beban keluarga tersebut boleh menyalurkan sumbangan ke akaun Maybank 15-1098-000-858 milik Md. Azizuddin.
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... hun-hidap-diabetes/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:13 AM GMT+8 , Processed in 0.319332 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list