|
Salam, nak tanya pendapat sesiapa yg pernah alami hal ni. Sbb aku sdg confuse, aku ke yg gila atau ada sorang ppuan ni, dia yg gila haha.
Aku bini org, kami laki-bini ok je selama ni, sampailah satu hari ada sorang perempuan whatsapp, cari laki aku. Walau aku pelik, aku layan je, dia minta no phone yg boleh hubungi laki aku sbb dah 2 minggu lebih, tak boleh hubungi laki aku.
Aku tanya laki aku sapa ni, kenapa ada perempuan cari, laki aku kata kawan je. Aku dah mula syak.
Since ppuan tu whatsapp malam, msg dia dok kat atas sekali, sebelum tido aku ternampak status whatsapp dia, mencurah isi hati kpd seseorang, yg description tu jelas-jelas mcm tuju kat laki aku, tapi dok maki-maki.
Maka bermula lah sifat Israel aku nak keluar.
Dgn laki aku, mmg sedang perang dingin nak tukar ke perang nuklear jugak dah skrg ni.
Tp aku pun nak tau jugalah sapa parempuan tu. Dia selalu update status whatsapp, waktu siang dia selalu update hal family, bermakna dia ada laki ada family, tapi bila malam nak masuk midnight, dia nnt update diri sdg dlm kesedihan, dalam kekecewaan ditinggalkan seseorang, tayang diri dengan lagu-lagu jiwang kecewa merindui seseorang, tiap-tiap malam macam tu, macam org kurang kash syang, sedangkan di waktu siang bukan main lagi tunjuk keluarga bahagia.
Laki aku tu tak yah cerita lah, buat stone je bila di tanya, dia hanya bagi phone dia selepas dah delete semua conversation. Yg hal dgn laki aku ni tak pa, aku tahu mcmana nak handle dia.
Yg ppuan ni aku rasa pelik, betul ke ada bini orang yg boleh ada kekasih lain, tak kisahlah kekasih dia tu org bujang ke laki org ke, yg dia boleh openly show off rasa hatinya, tanpa risau laki dia akan terasa atau apa. Nampak mcm diorang loving couple tp bini ada kekasih lain, dan laki dia tak kisah. Sah-sah di waktu malam, dok menarik perhatian lelaki lain melalui hantaran status rindu, setia cinta jark jauh ????
Aku cofuse sama ada perempuan ini gila/bipolar dan laki dia tal kisah, atau aku yg akan jadi gila sbb laki aku bertukar jadi batu tak mau jelaskan kenapa perempaun ini dok cari dia dgn kata-kata rindu.
Aku pun tahu nak tanya apa, atau aku nak meluah perasaan je skrg ni.
|
|