View: 11382|Reply: 0
|
[Johor]
Bimbang jambatan retak, merekah bahayakan penduduk
[Copy link]
|
|
PENDUDUK menunjukkan Jambatan Lorong Tepi Sungai 2 yang retak, merekah dan terbelah dua. FOTO NSTP
Semenyih: Penduduk Batu 5, di sini, meluahkan kebimbangan mengenai keadaan sebuah jambatan yang sudah retak, merekah dan terbelah dua selepas banjir melanda Semenyih dan Bangi lebih sebulan yang lalu.
Penduduk, Fared Nor Mohamed, 49, menyifatkan jambatan yang dikenali sebagai Jambatan Lorong Tepi Sungai 2 itu berbahaya untuk digunakan oleh orang ramai dan hanya motosikal serta basikal sahaja menggunakannya.
Katanya, disebabkan keadaan jambatan ini, penduduk yang menggunakan kereta terpaksa menggunakan laluan alternatif lain sejauh kira-kira tiga kilometer (km) untuk ke jalan utama.
"Kami terpaksa mengambil laluan alternatif lain sejauh kira-kira tiga km berbanding kalau kami melalui jalan ini yang lebih dekat untuk ke jalan utama.
"Laluan alternatif itu sedikit jauh dan ia amat menyusahkan," katanya ketika ditemui Harian Metro.
Seorang lagi penduduk, Zaidi Abd Manaf, 48, turut menyatakan jambatan itu berbahaya untuk digunakan oleh penduduk sekitar yang melaluinya setiap hari.
Dia yang juga seorang juruteknik berkata, sekiranya tidak ada pembaikan segera, pihaknya khuatir ia akan meragut nyawa pengguna kelak.
"Jambatan ini amat membahayakan penduduk. Kalau tiadanya pembaikan, orang ramai lalu dan jambatan itu runtuh, akan berlakunya kemalangan sehingga mungkin boleh meragut nyawa," katanya.
Zaidi juga turut meluahkan keluhannya kerana disebabkan keadaan jambatan itu, dia dan penduduk kampung lain terpaksa mengambil laluan alternatif yang lebih jauh.
"Kasihanlah pada penduduk kampung yang ada di sini terpaksa mengambil jalan alternatif lain yang lebih jauh.
"Saya harapkan pihak berkenaan untuk ambil tindakan segera dan mempercepatkan pembaikannya. Ini kerana orang kampung di sini amat perlukan jambatan ini kerana ia laluan utama," katanya.
Hairul Hafizzan Mashudi, 47, pula menyifatkan jambatan itu sebagai jambatan maut.
Katanya, disebabkan keadaan jambatan itu, penduduk terpaksa melalui jalan lain yang lebih jauh sebagai contoh untuk menghantar anak-anak ke sekolah.
"Kalau lalu ikut jambatan ini tidak sampai satu km, tapi sekarang ini sudah jadi tiga km," katanya.
Oleh yang demikian, pihaknya menggesa agar pihak berwajib untuk memperbaiki dengan segera jambatan yang sering dilalui oleh penduduk di kawasan ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -bahayakan-penduduk |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|