CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12587|Reply: 0

[Kelantan] Warga emas usia 75 tahun masih gigih menenun songket

[Copy link]
Post time 20-12-2023 04:51 PM | Show all posts |Read mode
Warga emas usia 75 tahun masih gigih menenun songket

OlehASWANY OMAR
20 Disember 2023 11:33am




Hanisah tekun menyiapkan tenunan kain sampin.



KOTA BHARU - Seorang warga emas, Hanisah Abdul Rahman, 75, tetap meneruskan minatnya terhadap tenunan songket walaupun hanya bersendirian melakukan kerja itu.

Hanisah pernah beberapa tahun berehat daripada menenun dan tinggal di rumah anak-anak di luar Kelantan tetapi kembali melakukan kerja yang menjadi bakat luar biasanya.



Menurut ibu kepada empat anak dan nenek 15 cucu itu, lima tahun lalu dia meneruskan minat di sebuah butik yang menghasilkan dan menjual pelbagai jenis songket serta batik di Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

"Saya belajar membuat songket pada usia 17 tahun dengan arwah ibu, Fatimah Musa yang mahir dalam pembuatan kain itu," katanya.



Lebih hebat, penglihatan warga emas itu masih 'tajam' kerana tidak memakai cermin mata ketika memasukkan benang sulaman di setiap ira kain yang ditenun.


Hanisah menghasilkan corak tenunan yang diminta pelanggan.




Setiap hari Hanisah yang juga penenun tunggal di butik berkenaan akan menghabiskan kira-kira lapan jam sehari menenun benang secara tradisional dan berehat selama satu jam.

Jelasnya lagi, setiap songket mengambil masa antara 10 hingga 14 hari untuk siap sepenuhnya bergantung pada corak dan panjang kain.




"Semua corak berdasarkan permintaan pelanggan. Pemilik butik akan membuat corak dan saya hanya menenun mengikut corak yang diberi," katanya.

Hanisah yang kini tinggal di Kampung Redang juga mengakui pada mulanya sukar untuk menenun kerana memerlukan ketelitian.

Jelasnya lagi, tidak ramai golongan muda yang berminat untuk belajar kerana paling utama ialah ketekunan.


Warga emas itu juga tidak berhasrat mengajar kerana kesukaran untuk memahami dan tidak ramai yang bersungguh-sungguh berminat mempelajarinya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.116696 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list