CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19644|Reply: 0

Ibarat ‘bunuh’ karier pemain – Rexy

[Copy link]
Post time 20-12-2023 11:13 PM | Show all posts |Read mode
Ibarat ‘bunuh’ karier pemain – Rexy

REXY berpendapat pujian yang diberikan biarpun gagal beraksi baik adalah perkara yang mampu ‘membunuh’ karier pemain.


PENGARAH Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky tidak mahu pemain-pemain terlalu dimanjakan kerana ia mungkin memberi kesan kepada ketahanan mental untuk jangka panjang.

Beliau berkata, sekiranya pemain-pemain terus ‘dibelai’ dengan kata-kata pujian meskipun sering menampilkan aksi mengecewakan, ia boleh dianggap seperti ‘membunuh’ karier mereka secara senyap.

Justeru, Rexy menjelaskan, setiap pemain wajar diberikan kritikan jika tidak menampilkan aksi diharapkan kerana ia mampu menjadi pencetus kepada pemain-pemain untuk menunjukkan peningkatan dari segi prestasi.

“Kadang-kadang orang sering cakap supaya bangkit lebih kuat, tetapi tidak tahulah bagaimana pemain-pemain tafsir perkara itu. Bukan saya tidak suka mengenainya tetapi kadang-kadang pemain perlu dikritik.

“Saya tidak mahu jadi seorang jurulatih seperti ibu bapa yang sering cakap tidak mengapa kepada anak-anak walaupun lakukan perkara tidak baik. Kalau saya buat begitu, sebenarnya saya ‘bunuh’ mereka perlahan-lahan,” katanya ketika ditemui di ABM, Bukit Kiara semalam.

Pengendali dari Indonesia itu bagaimanapun tidak menyalahkan netizen yang kerap ‘membelai’ pemain-pemain meskipun mereka sering mencatat keputusan kurang memberangsangkan dalam mana-mana kejohanan.

Walaupun demikian, Rexy tetap mempertahankan pendiriannya untuk bersikap sedikit keras kerana percaya ia mampu mencabar pemain-pemain bagi membuktikan kemampuan sebenar yang ada dalam diri mereka.

“Sampai bila kita nak manjakan? Kenapa boleh kritik jurulatih, tetapi bukan pemain? Kita kritik pemain atas dasar sayang. Saya tidak salahkan netizen, tetapi seperti saya cakap, kadang-kadang perlu keras sedikit.

“Sekiranya peminat sentiasa cakap tidak ada masalah walaupun aksi mengecewakan, mereka akan rasa selesa. Apa yang anda cakap setiap hari, itu yang akan beri kesan kepada mental mereka,” ujarnya.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... karier-pemain-rexy/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.304321 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list