Penduduk, Mohd Sabri Yusuf, 67 menunjukkan air keruh di halaman rumahnya yang busuk di Kampung Lubok Gong, Rantau Panjang. - Foto BH/NIK ABDULLAH NIK OMAR
KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir termenung yang di pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas berkurangan kepada 2,149 orang daripada 665 keluarga, setakat 9 pagi ini.
Menurut Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Kelantan, jumlah itu menurun berbanding 2,316 orang daripada 729 keluarga seperti yang direkodkan malam tadi.
Semua mangsa berlindung di sembilan PPS iaitu Sekolah Kebangsan (SK) Gual Tinggi, SK Gual To'Deh, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok dan SMK Baroh Pial, SK Kedai Tanjong, SK Gual Periok, Masjid Mukim Padang Licin, SK Sri Kiambang dan SMK (A) Pohon Buluh. – BERNAMA