View: 7225|Reply: 0
|
F1: Ferrari rombak komponen jentera
[Copy link]
|
|
FERRARI akan membuat 95 peratus perubahan terhadap komponen jenteranya sebagai langkah persediaan menghadapi musim 2024. - AFP
LONDON – Pasukan Ferrari dijangka membuat perubahan besar-besaran pada jentera mereka bagi menghadapi saingan musim 2024 selepas menamatkan kempen tahun ini dengan penuh kekecewaan.
Walaupun Ferrari antara pasukan yang berjaya melakar kemenangan musim ini, namun pasukan dari Itali itu tidak gembira kerana menamatkan kempen 2023 di tempat ketiga di belakang Red Bull Racing dan Mercedes.
Prinsipal pasukan Ferrari, Frederic Vasseur mengesahkan, mereka bersedia membuat perubahan drastik menjelang perlumbaan musim 2024 yang akan membuka tirainya pada 2 Mac tahun depan pada Grand Prix Bahrain.
“Saya tidak tahu sama ada revolusi adalah perkataan yang tepat. Kami mempunyai peraturan sama selama tiga tahun berturut-turut yang tidak boleh diubah secara besar-besaran.
“Pastinya, kami perlu membuat kemajuan dalam perkara itu. Kami melakukan perubahan 95 peratus terhadap komponen, mungkin anda boleh menganggap itu sebagai revolusi, tetapi saya tidak tahu sama ada ia akan membawa kemajuan.
“Harapan kami adalah memberi tumpuan kepada diri sendiri dan memastikan berlakunya peningkatan prestasi. Apapun, pada akhirnya perbandingan akan tetap dibuat.
“Anda boleh meningkatkan sebanyak 100 langkah, tetapi jika pasukan lain turut melakukan perubahan yang lebih baik, anda pastinya kelihatan seperti tidak bijak,” katanya.
Sebagai rekod, Ferrari menjadi pasukan pertama membuat pengumuman tarikh pelancaran jentera Formula Satu (F1) baharu mereka pada 13 Februari tahun depan. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... k-komponen-jentera/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|