View: 27071|Reply: 0
|
[Johor]
Peniaga nafi beri ubat tidur pada kucing untuk kutip dana
[Copy link]
|
|
DAKWAAN di FB yang mengatakan kucing dipamerkan di Bazar Karat Johor Bahru diberikan ubat tidur. FOTO tular
Johor Bahru: "Kami adalah pencinta haiwan, kami tidak tergamak memberikan ubat tidur kepada kucing ketika pameran seperti yang didakwa seorang wanita dalam media sosial," kata peniaga Bazar Karat Johor Bahru yang hanya mahu dikenali sebagai Hairi, 43.
Hairi berkata, semalam dia terlihat perkongsian seorang wanita berserta rakaman video yang berbaur fitnah terhadapnya yang berniaga di Bazar Karat Johor Bahru.
Menurutnya, wanita berkenaan menuduhnya menganiaya kucing yang dipamer dengan memberikan ubat tidur.
Katanya, dia mendapati perkongsian lebih awal dilakukan seorang wanita lain menerusi akaun Facebook (FB) dan turut dimuat naik di sebuah halaman kumpulan pencinta kucing Singapura.
"Malah ia juga dikongsi oleh pengguna FB lain yang mendakwa kucing itu ditidurkan sepanjang masa untuk mengutip dana selain kebajikan haiwan tidak dijaga.
"Pada hari ini saya membawa kucing-kucing ke klinik haiwan di Bandar Baru Uda dan disahkan ia tidak diberikan ubat tidur dan secara tidak langsung menyangkal dakwaan tidak berasas itu.
"Malah ketika pemeriksaan dilakukan saya juga merakam video dan memuat naik di media sosial bagi tatapan ramai.
"Saya juga membuat laporan di Balai Polis Majidee pada hari ini sebagai penafian dakwaan itu selain mahu individu yang melemparkan tuduhan itu memohon maaf secara terbuka," katanya ketika dihubungi hari ini.
Hairi berkata, lokasi pameran itu selesa bagi kucing selain kebetulan pada waktu itu kesemua haiwan itu tidur.
"Mereka sangat aktif ketika berada di rumah dan suka bermain," katanya.
Sementara itu, jurucakap Persatuan Pembangunan dan Kebajikan Bazar Karat Johor Bahru berkata, pihaknya memandang serius dakwaan berkenaan.
Menurutnya, pihaknya sudah memohon pemilik gerai menghantar kucing bagi menjalani pemeriksaan di klinik haiwan.
"Kenyataan fitnah itu boleh menjejaskan nama baik Bazar Karat Johor Bahru yang menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan pelancong asing.
"Kami berharap individu tidak bertanggungjawab itu membuat permohonan maaf secara terbuka.
"Sekiranya tiada permohonan maaf, kami akan mengambil tindakan sivil terhadap pelaku," katanya ketika dihubungi.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ng-untuk-kutip-dana |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|