View: 25952|Reply: 0
|
[Kelantan]
Gua Musang daerah terbaru dilanda banjir, jumlah mangsa meningkat
[Copy link]
|
|
Sebahagian kenderaan yang melalui jalan Lojing-Pos Blau-Kuala Betis, terkandas apabila air melimpah di atas jalan susulan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan hari ini. - Foto BERNAMA
KOTA BHARU: Gua Musang menjadi daerah terbaru dilanda banjir di Kelantan, menjadikan jumlah mangsa meningkat kepada 1,383 orang setakat jam 4 petang, berbanding 1,184 orang tengah hari tadi.
Semua mangsa terdiri 379 keluarga itu berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah iaitu Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang.
Menurut portal Info Bencana Banjir Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah mangsa banjir paling ramai adalah di Pasir Mas membabitkan 719 orang daripada 198 keluarga berlindung di tiga PPS.
Mangsa banjir di Jeli pula 539 orang daripada 145 keluarga di empat PPS, diikuti di Tanah Merah 103 orang daripada 35 keluarga di lima PPS dan Gua Musang (22 orang, empat keluarga).
Sementara itu, laman web https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, tiga sungai melepasi paras bahaya, dengan lapan sungai berada di tahap amaran, manakala tiga lagi sungai melepasi tahap berjaga-jaga.
Tiga sungai melepasi paras bahaya adalah Sungai Galas di Dabong, Kuala Krai iaitu 38.63 meter (m); Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.65m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar Kota Bharu (2.11m).
https://www.bharian.com.my/berit ... ah-mangsa-meningkat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|