View: 11592|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Suami berseloroh mati juga bersendirian dalam liang lahad
[Copy link]
|
|
NORLINDA menunjukkan gambar suaminya, Halmi yang maut di sengat tebuan tanah di Hutan Simpan di Jalan Temayong Labis, Segamat semalam.
SEGAMAT – Mangsa maut sengatan tebuan tanah di kawasan sekitar Hutan Simpan di Jalan Temayong Labis di sini petang semalam sempat berseloroh dengan isterinya bahawa mati nanti juga seorang diri di dalam liang lahad.
Menurut Norlinda Jamil, 34, dua hari lalu arwah suaminya, Halmi Tahrin, 42, meminta dia pulang ke rumah keluarga di Felda Moakil bersama anak-anak sebelum lelaki itu menyertai aktiviti permotoran dan perkhemahan bersama rakan-rakannya di hutan simpan berkenaan.
“Arwah suami menyatakan dia tidak kisah ditinggalkan bersendirian di rumah kami di Felda Tenang kerana dia (arwah) menyatakan nanti mati pun seorang diri juga dalam kubur.
“Saya anggap kata-kata itu hanya gurauan kerana arwah sangat sayang dan rapat dengan anak-anak kami dan dia berkata begitu beberapa hari sebelum meninggal dunia.
“Saya tidak sangka itu permintaan terakhir suami untuk saya tinggal di rumah keluarga sebelum dia maut dalam kejadian itu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat (HDS) di sini hari ini.
Halmi yang juga kakitangan di ladang sawit di sengat tebuan tanah di bahagian belakang badan ketika menyertai aktiviti perkhemahan dan permotoran itu pada pukul 2.24 petang semalam.
Norlinda mengakui bagai tidak percaya dan hampir pengsan selepas mendapat tahu suaminya maut dalam kejadian itu.
“Banyak perubahan yang berlaku pada diri arwah suami saya sebelum dia meninggal dunia antaranya dia berubah sikap menjadi amat penyayang dengan semua ahli keluarga.
“Arwah juga menjadi amat kelakar, gemar gurau senda, sedangkan sebelum itu arwah agak pendiam. Kami semua juga berasa pelik dengan sikapnya,” katanya.
Ibu kepada tiga cahaya mata lelaki berusia lima, lapan dan 15 tahun itu juga menyifatkan arwah suaminya adalah suami dan bapa yang sangat baik dan bertanggungjawab terhadap keluarga. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... -dalam-liang-lahad/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|