View: 6654|Reply: 0
|
Espargaro tak mudah kibar bendera putih
[Copy link]
|
|
ESPARGARO terkilan apabila kontraknya selaku pelumba utama digugurkan untuk menghadapi saingan MotoGP musim depan. – AFP
VALENCIA – Pelumba berpengalaman, Pol Espargaro mengakui, masih belum putus harapan dalam usaha untuk membuat kemunculan semula pada Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) selepas tidak disenaraikan bersama pasukan utama musim depan.
Sebagai rekod, Espargaro telah mewakili pasukan GASGAS Tech3, tetapi kontraknya selaku pelumba utama ditamatkan apabila pihak pengurusan membuat keputusan untuk menaikkan pangkat pelumba muda, Pedro Acosta musim depan.
Situasi tersebut menyaksikan Espargaro hanya diberikan kontrak selaku pelumba ujian dan ‘simpanan’ bersama seorang lagi muka veteran, Dani Pedrosa sekiranya mana-mana pemandu utama pasukan KTM mengalami kecederaan.
Espargaro mengakui, agak kecewa apabila tidak lagi menjadi pelumba sepenuh masa buat kali pertama dalam kariernya selepas lebih 12 tahun mewarnai arena MotoGP bermula saingan Moto2 pada edisi 2011.
“Sudah tentu saya sedih apabila tidak lagi menjadi salah seorang pelumba utama pada kempen musim depan. Secara jujur, saya bakal merindui suasana sebelum berlumba kerana ia memberi perasaan yang sukar untuk digambarkan.
“Namun, saya pasti peluang untuk saya kembali secara kompetitif masih lagi terbuka, tetapi harus diakui buat masa ini saya perlu tutup buku dengan kenangan silam.
“Kini, saya perlu fokus dengan tugas yang diberikan selaku pelumba simpanan. Kita telah saksikan bagaimana Pedrosa menjalankan tugas cukup baik pada tahun ini dan saya hanya perlu menunggu peluang tersebut,” katanya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2023/12 ... ibar-bendera-putih/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|