CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5175|Reply: 0

[Johor] KUIJSI IPT Islam unggul di selatan Malaysia, ASEAN

[Copy link]
Post time 27-12-2023 02:43 PM | Show all posts |Read mode


Istiadat Pemasyhuran Canselor, Pro Canselor dan Konvokesyen ke-21 KUIJSI, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA),Johor. - Foto NSTP/NUR AISYAH MAZALAN


JOHOR BAHRU: Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI) ditubuhkan sejak 26 tahun lalu mula beroperasi di Jalan Gertak Merah, Johor Bahru di bawah tanggungjawab Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ).

Pada 17 Jun 1997, satu Perjanjian persefahaman (MoU) di antara MAINJ dengan Universiti Al-Azhar Al-Syarif diadakan.

Dengan termeterainya perjanjian persefahaman itu pada 11 November 1997, sebuah institusi bertaraf pengajian tinggi diwujudkan dengan menggunakan nama Pusat Pengajian Islam dan Bahasa Arab Johor (MARSAH) atau dalam bahasa Arab ialah Markaz al-Dirasat al-Islamiahwa al-Arabiah bi Wilayati Johor.

Bagi menyesuaikan dengan arus pendidikan semasa, pada 2001 nama ini kemudian ditukar kepada Institut Pengajian Tinggi Islam Johor (MARSAH) dan akhirnya, pada 2006 ditukar sekali lagi kepada Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) bagi memenuhi kehendak penubuhannya oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan mengekalkan nama dalam bahasa Arab iaitu Markaz al-Dirasat al-Islamiah (MARSAH).


MARSAH pada 22 Februari 2001 juga mendapat pengesahan penubuhannya oleh kerajaan Johor pada 31 Januari 2001.

Dengan pengesahan itu, MAINJ pada 11 Januari 2005 menubuhkan MARSAH Sdn Bhd di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Johor Tahun 2004 serta membolehkan MARSAH mendaftar di KPT seterusnya mendapat kelulusan menjalankan kursus pengajian dari Lembaga Akreditasi Negara (LAN).

Pada 2008, MARSAH menambah satu lagi kursus Diploma Pendidikan Islam sepenuh masa selama enam semester atau tiga tahun pengajian.

Pada 13 September 2008, seramai 93 pelajar (58 lelaki, 35 perempuan) diterima masuk untuk mengikuti kursus ditawarkan berdasarkan kepada kelayakan asas yang mencukupi syarat dan melalui proses temu duga.

Kursus ini bertujuan memberi kefahaman mendalam mengenai cabang ilmu yang berkaitan dengan Pendidikan Islam sebagai asas penting kepada bakal guru agama kerajaan Johor.

Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada ilmu Islam sahih dan benar, ilmu pendidikan, ilmu pengurusan dan kenegaraan.

Program Diploma Pendidikan Islam MARSAH mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Quality Agency (MQA).

Dengan pengiktirafan ini, menjadi tanggungjawab kolej melahirkan bakal graduan yang cemerlang, berdisiplin dan berkualiti untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan negara kerana Allah SWT.

Pengiktirafan Kolej Universiti

Terdapat empat sekolah di KUIJSI iaitu Sekolah Pengajian Islam; Sekolah Pendidikan; Sekolah Muamalat dan Pengurusan serta Sekolah Dakwah, dengan bilangan pelajar keseluruhan sehingga Julai 2023 dianggarkan berjumlah 1,400 orang.

Sebanyak sembilan program diploma dan dua program sijil ditawarkan yang mempunyai pengiktirafan penuh MQA serta menawarkan program di peringkat Ijazah Sarjana Muda mulai Disember tahun ini.

KUIJSI komited menjadi salah sebuah institusi pengajian tinggi berteraskan Islam (berlandaskan al-Quran dan sunah) terunggul di selatan tanah air dan rantau ASEAN serta menjadi institusi pilihan kepada pelajar Islam dari Malaysia, Thailand, Singapura, Indonesia, Filipina dan Asia Barat.

KUIJSI menjalinkan kerjasama dengan institusi dalam dan di luar negara pada peringkat serantau dengan mengadakan pelbagai kerjasama menerusi perjanjian persefahaman khususnya bagi menarik mereka menyambung pengajian di KUIJSI.

Pada 2022, Menteri Pendidikan Tinggi ketika itu, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad menyampaikan pemakluman naik taraf MARSAH kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan kini MARSAH dikenali sebagai Kolej Universiti Islam Johor Sultan Ibrahim (KUIJSI).

Pada 13 Disember lalu, Sultan Ibrahim berkenan dimasyhurkan sebagai Canselor KUIJSI yang pertama pada Majlis Konvokesyen KUIJSI Ke-21 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor (PERSADA).

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pula dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor I dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani turut dimasyhurkan sebagai Pro-Canselor II.

Institusi Pendidikan Islam di Johor

Kesinambungan KUIJSI dan sistem pendidikan Johor yang sudah berusia lebih 100 tahun berperanan menyediakan peluang pendidikan tinggi Islam kepada lepasan sekolah dari dalam dan luar negara, terutama untuk Bangsa Johor.

KUIJSI juga adalah laluan khas menyambung pengajian peringkat pendidikan tinggi untuk lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Johor, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan kelas aliran agama lain.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata KUIJSI sangat bertuah bernaung di bawah Sultan Ibrahim yang sentiasa meletakkan keutamaan dalam usaha meningkatkan kualiti pendidikan di negeri ini.

"Kesultanan Johor seawal 1902 menitikberatkan pendidikan, termasuk pendidikan agama. Pada 1902, peraturan dikeluarkan mewajibkan pendidikan untuk kanak-kanak seawal usia 7 tahun.

"Kesultanan Johor memandang bahawa pendidikan Islam bukanlah hanya bersifat keagamaan semata-mata, tetapi juga membabitkan keseluruhan aspek kehidupan," katanya.

Menariknya, di KUIJSI ia satu-satunya institusi pendidikan berasaskan Islam di Johor yang menggunakan kombinasi teori dan praktikal seimbang.

Dalam pada itu, selain penekanan bidang pendidikan, KUIJSI juga bergiat aktif dalam aktiviti komuniti dan kemasyarakatan seperti misi bantuan banjir, program bersama warga emas dan gelandangan. Ia bagi memupuk semangat kemasyarakatan serta keprihatinan terhadap tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar dan warga KUIJSI.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:58 AM GMT+8 , Processed in 0.328322 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list