CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11641|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Keluarga tunggu keadilan untuk Jahidah

[Copy link]
Post time 27-12-2023 04:49 PM | Show all posts |Read mode

Jahidah masih dalam keadaan terlantar di sisi anaknya Eshan Nufail. Foto Ihsan Fauziah Nordin.

Seremban: "Kami sekeluarga berharap kakak mendapat keadilan sepenuhnya di atas penderitaan yang ditanggung selama dua tahun lima bulan," kata Fauziah Nordin, adik kepada Jahidah Nordin, 45, yang juga mangsa keganasan rumah tangga.

Fauziah, 41, berkata, Mahkamah Sesyen Johor Bahru dijangka membuat keputusan terhadap suami Jahidah atas dakwaan memukul kakak sulungnya itu, 17 Januari depan.

"Saya sudah dimaklumkan oleh pihak mahkamah di Johor Bahru mengenai tarikh keputusan terhadap lelaki yang didakwa memukul kakak akan dibuat pada tarikh itu.

"Kami sekeluarga termasuk bapa dari Sabah berhasrat untuk hadir ke mahkamah pada hari itu kerana ingin mendengar sendiri keputusan berkenaan.



"Kami berharap keputusan itu nanti akan memberi keadilan kepada kakak saya," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mengenai kemungkinan akan membawa Jahidah ke Johor Bahru pada hari berkenaan, Fauziah berkata, perkara itu belum diputuskan lagi tetapi dijangka tidak akan berlaku.

Menurutnya, tiada perubahan ketara berlaku daripada segi fizikal kakaknya itu sejak dilaporkan menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

"Dia masih seperti dulu, hanya terlantar di katil dan tidak boleh berkomunikasi dengan orang lain.

"Walaupun matanya terbuka tetapi keadaan mata kelihatan sedikit juling selain makanan utama adalah susu khas.

"Anaknya, Eshan Nufail sudah berusia dua tahun pada 13 November lalu.

"Dia aktif walaupun tumbesarannya kelihatan sedikit perlahan apabila berat anggota badannya ketika ini hanya 7.7 kilogram.

"Namun saya gembira kerana dia membesar dengan baik tanpa ada masalah walaupun masih belum berpeluang berkomunikasi dengan ibunya," katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Jahidah yang hamil ketika itu parah selepas dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian di rumah mereka di Johor Bahru pada 4 Mei 2021.

Kakitangan sebuah jabatan kerajaan itu kemudian dirawat di Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Kes Jahidah yang menggemparkan negara itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan apabila wanita berkenaan dilaporkan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain retak rahang, tulang belakang dan rusuk.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... dilan-untuk-jahidah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.042539 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list