CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32006|Reply: 0

[Perak] Pemandu lori mengaku tidak bersalah lakukan amang seksual terhadap anak kandung

[Copy link]
Post time 2-1-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh hari ini. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam terhadap empat pertuduhan melakukan amang seksual ke atas anak perempuannya antara 2021 hingga 2022.

Tertuduh berusia 54 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Ainul Shahrin Mohamad.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, bapa kepada tiga anak itu didakwa dengan maksud seksual telah melakukan amang seksual terhadap anak kandungnya yang ketika kejadian berusia 16 tahun dengan cara mengarahkan mangsa menyapu krim di kemaluannya dan memeluk remaja terbabit dari belakang.

Perbuatan itu dilakukan tertuduh pada pukul 9.30 malam dan 2 pagi di sebuah rumah di Ipoh pada hujung tahun 2021.

Tertuduh turut berhadapan dengan dua lagi pertuduhan apabila didakwa mengambil tangan remaja itu yang ketika kejadian berusia 17 tahun untuk menggosok kemaluannya selain menggosok belakang badan mangsa hingga pinggang dan punggung.

Dua kejadian itu masing-masing berlaku pukul 6 pagi di sebuah taman di sini pada 7 Oktober 2022 dan pada pukul 9.30 malam di sebuah kampung di sini pada hujung tahun 2022.

Kesemua pertuduhan ke atas lelaki itu dikemukakan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh juga hendaklah diletakkan di bawah pengawasan polis bagi tempoh sehingga tiga tahun seperti mana di bawah Seksyen 295(1A) Kanun Prosedur Jenayah.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Qurratu’aini Khalifah tidak mencadangkan jaminan terhadap tertuduh namun jika jaminan diberikan, pihaknya memohon dikenakan syarat tambahan supaya tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi-saksi pendakwaan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... hadap-anak-kandung/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:54 PM GMT+8 , Processed in 0.504910 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list