CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 34121|Reply: 0

[Selangor] Ambang Tahun Baharu: 131 mat motor diperiksa, 82 saman dikeluarkan

[Copy link]
Post time 2-1-2024 05:44 PM | Show all posts |Read mode

Sebanyak 82 keping saman dikeluarkan menerusi Operasi Khas Motorsikal yang dilaksanakan di Jalan Ampang dan Bukit Ampang, Ampang Jaya, kelmarin.

AMPANG JAYA – Sebanyak 82 keping saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam dua Operasi Khas Motorsikal di Jalan Ampang dan Bukit Ampang, di sini, kelmarin.

Antaranya adalah tiada lesen memandu yang sah, ubah suai kenderaan serta nombor pendaftaran dan cermin sisi tidak mengikut spesifikasi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, operasi dilaksanakan antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam.

Ujarnya, pelaksanaan operasi tersebut bagi mengekang golongan remaja menunggang motosikal secara merbahaya.

“Ia turut dilaksanakan bagi membanteras pengubahsuaian motosikal yang mengundang gangguan bunyi kepada penduduk setempat.

“Seramai 131 individu diperiksa dalam operasi ini manakala sebanyak sembilan buah kenderaan disita di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, dalam operasi berbeza, Mohd. Azam berkata tiga individu lingkungan usia 40 tahun hingga 70 ditahan atas kesalahan memandu di bawah pengaruh alkohol.

Katanya, menerusi Operasi Mabuk secara sekatan jalan raya di Jalan Pandan Indah, ketiga-tiga individu tersebut kemudiannya dibawa ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya.

“Hasil ujian nafas menggunakan alat Evidential Breath Analyzer II (EBA II), keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan iaitu sebanyak 50/100ml mengikut peruntukan seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalanraya 1987.

“Individu yang didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen ini boleh dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan denda tidak kurang daripada RM 10,000 dan tidak lebih daripada RM 30,000.

“Selain itu, lesen memandu akan digantung selama tempoh tidak melebihi dua tahun,” katanya.

Tambah Mohd. Azam lagi, orang awam diingatkan supaya tidak memandu atau menunggang kenderaan semasa berada dibawah pengaruh alkohol.

“Ini kerana perbuatan seperti ini boleh mengundang bahaya kepada diri sendiri dan juga pengguna jalan raya yang lain,” katanya. – KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -saman-dikeluarkan/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 01:04 PM GMT+8 , Processed in 0.060612 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list