CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13886|Reply: 68

Penghuni Dedah Sisi Gelap Rumah Anak Yatim, Pemilik Hidup Mewah Seleweng Duit Derma

[Copy link]
Post time 3-1-2024 01:36 PM | Show all posts |Read mode
Seorang individu mencuri perhatian di laman X selepas dia membuat pendedahan tentang sisi gelap sebuah rumah anak yatim yang pernah didiaminya sebelum ini.


Dakwa pengadu, individu yang menguruskan rumah anak yatim tersebut hidup senang dengan wang bantuan sehingga membutakan mata soal dosa dan pahala.


Foto: mStar




"Aku pernah duduk rumah anak yatim. Aku nak jujur. Mereka main duit. Pengerusi bukan senang, tiba-tiba lepas buka rumah anak yatim, auto kaya.


"Aku tahu cerita sebab owner dia masa mula-mula buka rumah anak yatim tu, dia minta tolong ayah aku letak kami adik-beradik kat rumah dia sebab nak cari budak susah. Kalau tak ada budak, tak ada bantuan," dakwanya.


Tanpa mendedahkan lokasi secara tepat, pengadu turut mendakwa dia dan penghuni lain berdepan layanan kasar daripada pengelola rumah anak yatim itu termasuk sering dirotan di tapak kaki.


"Masa aku kecil-kecil dulu, aku selalu kena rotan atau pukul dengan warden kat rumah anak yatim tu. Apabila besar, aku rasa benda tu silap. Tu kena dera, bukan kena rotan biasa tau.


"Sekali rotan 20 hingga 30 kali, menangis kawan-kawan aku merayu suruh dia stop. Kami kena rotan kat tapak kaki. Lepas kena rotan tu, sakit nak jalan," dakwa pengadu yang tidak mendedahkan identitinya.


Selain layanan teruk yang diterima, dia mendakwa warden rumah anak yatim itu juga pernah membuang makanan yang disedekahkan oleh pihak luar.


"Kami dapat banyak bantuan makanan. Nak sembang KFC atau McDonald's kami dah muak. Ada orang tu pergi beli KFC bagi kami. Kami semua tak sentuh, lepas tu warden aku buang dalam tong sampah je.


"Orang tu datang balik, tengok KFC dia dalam tong sampah, marah-marah kat warden kami. Terus tak datang dah. Time dekat raya orang bawa kami shopping sampai baju raya tujuh helai. Baju sekolah pun banyak. Akhirnya mereka kutip dan jual balik," ceritanya.


Tambah pengadu lagi, penghuni biasanya akan menerima bantuan berbentuk wang, namun ia akan dipegang oleh pengurusan rumah anak yatim berkenaan.


"Apabila kami pergi rumah terbuka atau event besar, kami selalu dapat duit tangan tau. Kadang-kadang paling sikit dapat RM10 atau RM20, paling banyak RM250 seorang.


"Warden aku cakap duit tu nanti apabila kami keluar rumah baru boleh dapat guna untuk nak sambung belajar ke apa. Tapi apabila keluar dapat RM200 je seorang.


"Aku rasa lebih kot (duit simpanan), RM30,000 macam tu sebab kami ada tulis berapa kami dapat," dakwanya lagi.


Luahan pengadu itu hingga kini sudah dilihat lebih 338,600 pengguna laman X selain menerima lebih 1,800 ulang kicau dan turut dihujani komen netizen yang bersimpati dengan nasibnya serta penghuni yang lain.


"Benda ni dah lama. Tu sebab kalau nak sedekah, aku cari yang betul susah. Tak pun aku dahulukan ahli keluarga sendiri.


"Gilalah orang macam ni, memang tak nampak dosa ke? Dah la makan duit anak yatim. Orang nak bersedekah pun jadi skeptikal.


"Legit. Ada kawan sendiri buka cerita dia masuk pusat tahfiz. Sama sebiji jalan cerita," tulis netizen.


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahaha
Tu pasal Jadi Ngo ke bukak tahfiz n rumah Anak yatim bisnes paling senang
Bukan infaq Bagai ..
Settle dah duit...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:02 PM | Show all posts
AKU DAH LAMAA TAU BENDA NIH..HAHAHAHAHHAHA
BUKAN YG BUKAK RUMAH ANAK YATIM JE KAYA
YG BUKAK TAHFIZ SEMUA AUTO KAYA RAYA GILA BABI PUNYA KAYA
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu aku dah malas layan watsap dr puak puak ni. Tiap minggu ada je yg mengadu tak cukup itu ini mintak derma nak beli beras gula tepung bagai. Tp tak mau bhn makanan kering or basah nak cash only..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:22 PM | Show all posts
benda dah lama.. tapi takde sape yang berani tampil dedahkan..
orang kita pulak memang mencari port kumpul pahala..
rumah anak yatim antara tempatnya la..

kalau bulan puasa tu.. penuh jadual budak2 anak yatim dapat jemputan berbuka puasa sana sini.. fully booked la senang kata..

betul gak budak yg post ni kata.. nk sedekah sekarang kena pilih2..
aku pon lebih prefer sedekah pada kawan2 anak2 aku yang kematian parents ..
selalu kat group wasap sekolah ada info kematian parents.. aku terbayang kalau apa2 jadi kat aku or husband.. terkapai2 anak2 aku.. moga ada yang bantu.

kiranya nak bantu.. bantula mereka yg terdekat dengan kita dulu..  aku ada anak sedara yatim.. yang lebih layak dibantu untuk sambung belajar.
sedekah kos upgrade facility sekolah ke.. lagi berbaloi rasanya
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama agak benda2 camni terjadi..kalau nk bg sumbangan ..jgn la bg duit
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2024 02:24 PM | Show all posts
pakaian yg dah dibeli dipungut balik untuk dijual. .

bijak-bijak...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 02:49 PM | Show all posts
Baru sembang ngan kekawan meols smlm... adik dia masuk tahfiz, tapi yuran paksa setiap bulan macam bayar tadika swasta ye, tapi kebajikan dan akademik student macam sekolah pondok je.... dorm pun katil takde, semua tido atas tilam murah... mak bapak takleh jenguk suka2 hati bagi makan suka hati... asal cuti je ada program itu ini mintak duit lagi.. penderma pun ramai sampai tetiap mggu ada majlis derma... hujung2 setaz setazah hidup mewah..kereta semua lagi mewah drpd parents ye... ada sekali taun lepas, sorang setaz nak gi umrah, umrah saja ye bukan haji... student semua ke ikut hantar ke KLIA drpd Melaka, student kena bayar rm50 naik bas, dapat air mineral & roti je, bertolak lepas subuh, ustaz & ustazah lain naik vellfire, alphard, MPV mewah.... student kena benti jauh, jalan kaki masuk departure nak hantar.. ustaz kat lounge VIP kat KLIA tu... lepas dah bye bye, student kena tggu dalam bas, setazah masuk Mitsui Outlet shopping... pastu balik... seharian bebudak tu tak makan..sebab kata makan malam dah sedia kat asrama... sian gila..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 03:17 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-1-2024 02:49 PM
Baru sembang ngan kekawan meols smlm... adik dia masuk tahfiz, tapi yuran paksa setiap bulan macam b ...

hmmmm...teruknya...biarlah anak2 membesar dpn mata...
x masuk tahfiz pun xpe la....ada kenalan aku anak dia masuk tahfiz tp adab xde...
ckp dgn mak dia tinggi suara...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Menang celaka hidup orang makan harta anak yatim.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedekah kaum kerabat yg dekat2 dulu
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:35 PM | Show all posts
itu pasal benon belon gumuk macam babi, tapi skrg dah kurus sbb makanan dlm penjara  dah kene catu.. ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:37 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 3-1-2024 06:23 AM
Dah lama agak benda2 camni terjadi..kalau nk bg sumbangan ..jgn la bg duit

kalau bagi makanan, sampai terlebih2 lepas tu buang.
bagi pakaian, sama gak, sorang dapat sampai 7-8 pasang.
last2 buang jugak atau jual balik.


Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:40 PM | Show all posts
Kalau nak infaq, dahulukan kaum kerabat, terutama yang susah tapi ada anak2 tengah sambung belajar kat ipt.

Budak2 uni ramai je dari keluarga susah ye, hari2 makan bercatu, dan bukan majoriti pun yang jual maruah semata2 nak mewah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:40 PM | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-1-2024 02:49 PM
Baru sembang ngan kekawan meols smlm... adik dia masuk tahfiz, tapi yuran paksa setiap bulan macam b ...

itu realiti

sebb tu iols perasan

owner2 tahfiz selalu hidup mewah

terutamanya kereta

Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 3-1-2024 02:24 PM
pakaian yg dah dibeli dipungut balik untuk dijual. .

bijak-bijak...


butul abang..kita angkat msia worang takmok,cuci bisih..lepas...kita jual balik sama msia worang...Bodoh x malesia worang,abang???-Abangla...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2024 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
prince_marhaen replied at 3-1-2024 02:49 PM
Baru sembang ngan kekawan meols smlm... adik dia masuk tahfiz, tapi yuran paksa setiap bulan macam b ...

Ehhhh. Celakanya perangai ustaz ustazah ni. Ada ke dibiarkan budak2 tu lapar. Apa nama pusat tahfiz tu???
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Kat sekolah aku ada bdk2 yg duk asrama bdk2 asnaf.punyalah comot.busuk.kdg rambut panjang.katanya tgu cuti baru suh mak nya potong.sedih tau tgk.logiknya bdk2 ni dpt bantuam yg diuruskan pengurusan
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
sufi^_^ replied at 3-1-2024 03:40 PM
Kalau nak infaq, dahulukan kaum kerabat, terutama yang susah tapi ada anak2 tengah sambung belajar k ...

yg ni betul...ada org yg aku kenal ni berada la ...dia ada anak bljr di IPTA..dia minta anak dia cari rakan2 kat asrama yg betul2 ssh dia dermkan laptop baru kat bdk2 tu...ada yg smpai menangis bdk2 tu bila dpt laptop sbb dorg nak beli mmg x mampu dtg pun dr keluarga yg ssh..so bersyukur sgt bila ad org derma.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2024 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nak bagi bantuan pergila ke sekolah2... cari anak yatim atau miskin... insyaallah sampai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 03:38 AM GMT+8 , Processed in 0.047979 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list