CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9387|Reply: 0

[Selangor] Di mana Anas Dhiyauddin?

[Copy link]
Post time 4-1-2024 01:14 PM | Show all posts |Read mode

Rakaman CCTV menunjukkan Anas Dhiyauddin, 15, berada di TBS sekitar jam 5.30 pagi kelmarin. IHSAN Ahmad Shanawey Roslan

Gombak: "Pada hari kejadian, rancangan asalnya saya mahu menghantar anak pulang ke maahad tahfiz di Ipoh namun ketika di kawasan Senawang, lebuh raya agak sesak sebelum anak menawarkan diri menaiki bas," kata Ahmad Shanawey Roslan, 39, bapa kepada Anas Dhiyauddin, 15, yang hilang selepas tiba di Ipoh, Perak, Isnin lalu.

Ahmad Shanawey berkata, mereka bergerak dari rumah di Mersing, Johor namun akibat kesesakan jalan raya menyebabkan anaknya itu menawar diri pulang menaiki bas.

Menurutnya, selepas itu, anaknya cuba mencari tiket di dalam talian namun penuh sebelum mereka singgah di kawasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi untuk makan dan solat.

"Dari situ, saya bersama anak menaiki komuter ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk melihat jika ada tiket bas. Kami dapati masih ada untuk ke Ipoh pada jam 4.30 petang.

"Saya turut melihat anak menaiki bas ke Ipoh malah rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga menunjukkan dia selamat tiba di Ipoh namun tidak ke maahad tahfiz," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, bimbang dengan keselamatan anaknya, dia membuat laporan polis dan semakan CCTV juga mendapati anaknya itu berada semula di Stesen TBS sekitar jam 5.30 pagi hingga jam 7 pagi.

"Maklumat terkini daripada polis, anak saya menghala ke selatan dan dikesan berada di Melaka," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau melihat Anas Dhiyauddin boleh menghubungi bapanya di talian 01113148735.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaludin mengesahkan menerima laporan itu dan kes disiasat mengikut orang hilang (OH).
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ana-anas-dhiyauddin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:18 PM GMT+8 , Processed in 0.038245 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list