CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9603|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Suara 'jantan' habis

[Copy link]
Post time 4-1-2024 01:26 PM | Show all posts |Read mode

NURNAZRAH adalah wanita sejati yang mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun. FOTO Ihsan Nurnazrah Abd Samat

Kluang: Hanya kerana memiliki suara garau, dia sering disalah anggap malah ada yang menyangka dia lelaki atau menggunakan aplikasi alih suara ketika muncul bersiaran di aplikasi media sosial.

Bagaimanapun, sebenarnya Nurnazrah Abd Samat , 21, adalah wanita sejati yang mempunyai keunikan tersendiri apabila suaranya garau seperti lelaki sejak berusia 18 tahun.

Beberapa videonya mendapat perhatian di TikTok dan aplikasi X yang ramai netizen menyangka dia lelaki berpakaian wanita atau hanya menggunakan aplikasi alih suara untuk kandungan video di akaun sosial itu bagi menarik perhatian serta meraih tontonan ramai sehingga mengelirukan netizen.

Berkongsi kisahnya, ejen hartanah itu berkata, dia dilahirkan sebagai wanita yang cukup sifat dan mengalami perubahan episod 'keremajaan' sama seperti wanita, malah mengakui suaranya juga seperti perempuan sebelum ini.


Menurutnya, perubahan suara seperti lelaki berlaku ketika dia berusia 18 tahun, namun setahun sebelum itu suaranya sudah mula 'pecah' dan garau sebelum akhirnya terus garau seolah-olah suara lelaki dewasa.

"Saya pun tiada jawapan kenapa suara saya boleh berubah seperti ini dan juga ada berjumpa doktor, tetapi ia tidak mempunyai masalah termasuk kotak suara atau tonsil. Jadi saya terima saja pemberian Allah SWT dengan lapang dada.

"Mungkin juga suara saya pecah dan garau sebab suka menyanyi lagu yang bernada tinggi, menjerit yang mungkin memberi kesan kepada suara saya. Tetapi tak apalah asalkan saya ada suara dan boleh bercakap," katanya kepada Harian Metro.


NURNAZRAH bersama ibu bapanya, Zawiah dan Abd Samat. FOTO Ihsan Nurnazrah Abd Samat

Katanya, dia tidak bimbang dengan tanggapan atau komen orang kerana tidak pernah menipu sesiapa, malah apa yang penting ibu bapanya, Zawiah Hashim, 58, dan Abd Samat Abd Sawab, 60, lebih mengenalinya biarpun dia hanya anak angkat.

"Saya dijaga ibu dan ayah sejak berusia dua tahun selepas mereka mengambil saya yang ketika itu ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah, Pahang.

"Jadi mereka tahu siapa saya dan sebab itu apa saja komen orang saya tak ambil peduli.

"Biasanya kalau saya bercakap, orang akan toleh dua kali sebab terkejut saya berwajah wanita dan bertudung, tetapi suara seperti lelaki," katanya.

Nurnazrah berkata, dia bersyukur apabila rakan menerima dirinya biarpun mengakui pada mulanya mereka turut berasa kekok kerana terasa seperti bersembang dengan rakan lelaki.

"Saya terpaksa menunjukkan kad pengenalan di TikTok sebagai bukti yang saya perempuan selain kongsi video gambar ketika kecil bersama ibu bapa dan kalau di luar orang mudah percaya kerana memang fizikal seperti seorang perempuan," katanya.



NURNAZRAH ketika kecil. FOTO Ihsan Nurnazrah Abd Samat

Dia yang masih bujang mengakui usianya masih muda untuk berkeluarga dan mahu membalas jasa kedua-dua ibu bapa, namun dia berharap dapat bertemu lelaki yang mampu menerimanya termasuk 'keunikan' dirinya itu

"Suara itu menjadi kelebihan kerana ia membantu melindungi diri ketika saya menunggang motosikal ketika balik kerja pada waktu malam daripada diganggu lelaki nakal," katanya.

Sementara itu, Zawiah berkata, dia tidak kisah suaranya anak tunggal kesayangannya itu dikatakan seperti lelaki biarpun hakikatnya Nurnazrah wanita tulen.

Katanya, dia juga menganggap suara anaknya sebagai satu keunikan, namun mengakui tidak mahu anaknya mengambil kesempatan dengan keunikan itu untuk perkara tidak baik yang boleh menjerat dirinya sendiri.https://www.hmetro.com.my/utama/ ... /suara-jantan-habis

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.878243 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list