CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10864|Reply: 0

[Johor] Mac lalu dah rugi, kali ini rugi lagi - mangsa banjir

[Copy link]
Post time 4-1-2024 06:02 PM | Show all posts |Read mode

Keadaan deretan kedai dan perumahan di Taman Aman dan Taman Mawai yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan. FOTO OMAR AHMAD

Kota Tinggi: "Mac lalu dah rugi RM60,000. Kali ini tak tahu lagi berapa kerugian," kata pengusaha bengkel, P Paniselvam, 45, selepas premis perniagaannya di Taman Aman di sini, dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak malam tadi.

Katanya, setiap kali dilanda banjir, pasti tiada barang dapat diselamatkan termasuk kenderaan milik pelanggan yang sedang dibaiki.

"Bila sampai di bengkel jam 4 pagi tadi, air sudah sampai paras lutut dan naik dengan cepat apabila cecah paras pinggang tidak lama kemudian.

"Sekali lagi saya tak dapat selamatkan apa-apa. Mac lalu saya alami kerugian kira-kira RM60,000 selepas enam kereta pelanggan tenggelam banjir.


"Tidak sampai setahun saya terpaksa berdepan lagi dengan kerugian," katanya yang tinggal di Taman Kota Besar di sini.

Sementara itu, peniaga kedai makanan, Md Azlan Mustapar, 45, berkata ketika dia datang ke kedai pada jam 4 pagi untuk memulakan perniagaan, banjir sudah di paras lutut.

Katanya, situasi itu sering dihadapi peniaga dan penduduk di Taman Aman dan Taman Mawai berikutan lokasi mereka yang rendah umpama kolam takungan.

"Taman Aman dan Taman Mawar kalau hujan lebat dua jam sahaja, air memang naik. Tengah malam tadi hujan lebat mula jam 1 pagi. Lebat sekejap-sekejap renyai, tetapi difahamkan akan berlaku air pasang besar. Itu yang membimbangkan.

"Kawasan ini air naik cepat kalau hujan tidak berterusan. Memang kecewa, saya menetap di sini sudah lebih 20 tahun, hampir setiap tahun terpaksa berhadapan dengan banjir.

"Kami memang sudah diarahkan untuk berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) yang dibuka.

"Kita harapkan pihak berwajib untuk memantau harta benda rumah dan kedai. Kita faham banjir ini musibah, tidak boleh buat apa sebab kawasan ini pun kawasan rendah umpama kolam tadahan air," katanya.

Sementara itu, tujuh PPS) dibuka di empat daerah dengan lebih 330 penduduk terjejas sudah dipindahkan, setakat jam 2 petang tadi.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Banjir Negeri (JPBN) Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, berkata empat daerah terjejas banjir membabitkan Johor Bahru, Kota Tinggi, Mersing dan Kluang

Katanya, Johor Bahru, Kota Tinggi dan Mersing masing-masing membuka dua PPS manakala Kluang hanya satu PPS, setakat ini.

"Daerah paling terjejas setakat ini adalah Johor Bahru dengan 234 mangsa terjejas daripada 45 keluarga yang ditempatkan di PPS Dewana Muafakat Lampung Cahaya dan Dewan Kampung Sungai Tiram.

"Kota Tinggi turut terjejas apabila dua PPS dibuka di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (C) New Kota dan PPS Dewan Pasak Indah, namun bilangan sebenar mangsa masih dikemaskini berikutan ia semakin bertambah.

"Mersing pula membabitkan 52 mangsa daripada 11 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Papan dan SK Tenglu.

"Manakala Kluang pula membabitkan 44 mangsa daripada 14 keluarga ya g ditempatkan di Dewan MPK Kahang," katanya dalam kenyataan hari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -lagi-mangsa-banjir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:57 AM GMT+8 , Processed in 0.039721 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list