CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12019|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Kerajaan lebih fokus kepada 'langkah pendigitalan'

[Copy link]
Post time 7-1-2024 07:39 AM | Show all posts |Read mode
ANTHONY Loke (tengah) bergambar bersama pengurusan tertinggi dan pelajar SMK St Paul. FOTO Bernama


Seremban: Fokus kerajaan lebih terarah kepada usaha memperkasa 'Langkah Pendigitalan' bagi memastikan negara berkembang maju, kerana menerusi pendigitalan bersepadu dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar, membawa banyak manfaat kepada rakyat.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, antaranya adalah langkah kerajaan yang sedang berusaha mengemas kini butir maklumat melalui Sistem Pangkalan Data Utama (Padu), yang diyakini membolehkan negara berkembang dengan lebih maju.

"Apa sahaja langkah (yang hendak diambil), ambillah... bagi kerajaan yang penting ialah agenda pendigitalan, dan Kementerian Pengangkutan juga fokus ke arah pendigitalan bagi memperkasakan myJPJ dan sebagainya," katanya ketika diminta mengulas isu 'Langkah Dubai'.

Sabtu lepas, Timbalan Ketua Pengarah (Komunikasi Komuniti) Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) Datuk Ismail Yusop dilaporkan mendakwa 'Langkah Dubai', satu gerakan yang cuba menjatuhkan kerajaan, timbul sewaktu percutian pemimpin pembangkang dan tokoh-tokoh dari pihak kerajaan, di ibu kota Emiriah Arab Bersatu (UAE) baru-baru ini.

Semalam pula, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan wujud rancangan di pihak Perikatan Nasional (PN) untuk menumbangkan Kerajaan Persekutuan menerusi proses demokrasi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.



Loke berkata, Menteri Besar Kedah itu sepatutnya fokus kepada usaha memajukan negeri Kedah, bukannya ambil Langkah Chow Kit, Langkah Alor Setar atau apa-apa jua langkah semata-mata untuk tumbangkan kerajaan.

"Orang yang cakap terus terang tentang langkah untuk tumbangkan kerajaan adalah tidak bertanggungjawab. Sebagai menteri besar dan ahli politik sepatutnya fokus kepada kerja, Saya sebagai Menteri Pengangkutan, saya hanya ada satu langkah sahaja iaitu langkah pendigitalan Kementerian Pengangkutan," katanya.

Terdahulu, Loke merangkap Ahli Parlimen Seremban menyampaikan cek sumbangan YTL Foundation berjumlah RM1 juta kepada Sekolah Menengah Kebangsaan St Paul, di sini hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:24 AM GMT+8 , Processed in 0.722390 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list