CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6629|Reply: 0

[Johor] Dulu nyaris jadi mangsa pemerdagangan manusia, kini cemerlang dalam akademik

[Copy link]
Post time 7-1-2024 01:17 PM | Show all posts |Read mode

Remaja, Sean Noah Zachariah nyaris menjadi mangsa pemerdagangan manusia ketika bayi sembilan bulan. FOTO Ihsan The Royal Johor

Johor Bahru: Seorang remaja yang nyaris menjadi mangsa pemerdagangan manusia ketika berusia sembilan bulan pada 14 tahun lalu kini membuktikan potensi dirinya menerusi pencapaian akademik yang cemerlang.

Remaja berkenaan, Sean Noah Zachariah, antara empat bayi diselamatkan polis dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) namun malangnya, ibu bapa kandungnya tidak ditemukan berbanding bayi lain yang diserahkan kepada waris masing-masing.

Sean Noah dibesarkan di tiga pusat perlindungan sebelum dia menjadi anak angkat peniaga, Padma Zachariah dan pasangannya dari Cheras, Selangor yang tidak memiliki zuriat selepas 15 tahun berkahwin.

Padma berkata, Sean Noah dijadikan anak angkat pada 2013 dan suaminya mengambil cuti kerja selama tiga tahun pertama untuk menjadi pengasuh Sean Noah manakala dia menguruskan rumah tangga dan menjalankan perniagaan kecil dari rumah.



"Sean Noah mengetahui bahawa dia adalah anak angkat dan saya yakin bahawa fakta berkaitan anak angkat tidak boleh disembunyikan atau dirahsiakan.

"Apa yang kami harungi menjadi proses indah untuk membentuk keluarga kecil kami ini. Prestasi akademiknya adakah baik sejak awal dan ia hasil atau kesan daripada peranan komuniti penyayang.

"Kami bersyukur, dengan bantuan insan berhati mulia termasuk Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Idris Shah, Sean Noah didaftar di Epsom College Malaysia di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada dua tahun lalu, yang mana bakatnya mula diketengahkan.

"Tahun lalu, Sean Noah mencatat prestasi akademik yang cemerlang selain aktif menerusi penyertaan dalam pancaragam sekolah dan berenang secara kompetitif," katanya.

Terdahulu, Raja Zarith Sofiah bertitah, sempena ulang tahun kelahiran remaja itu yang ke-14 baru-baru ini, Sean Noah menghantar video dengan ucapan terima kasih kepada baginda yang banyak membantunya dalam pendidikan.

"Saya gembira dia (Sean Noah) melakukannya dengan baik, mengasah bakatnya dan melakukan bahagiannya untuk masyarakat pada usia yang begitu muda.

"Saya mendoakan yang terbaik untuk masa depannya. Saya sentiasa percaya bahawa komuniti memainkan peranan dalam pembesaran seseorang anak.

"Masyarakat memikul tanggungjawab untuk membantu membuka jalan ke arah masa depan yang lebih cerah bagi generasi muda," titah baginda.

Sementara itu, Sean Noah berkata, dia bersyukur dengan kehidupannya.

"Saya menganggap diri saya seorang remaja yang mempunyai keistimewaan, diberikan Biasiswa Kepimpinan Asean untuk menyertai Kolej Epsom malah Permaisuri Johor menjadi antara insan yang memberi saya semangat.

"Perancangan masa depan saya adalah untuk menetap di Johor, negeri kelahiran saya dan bapa saya, dan berkhidmat kepada negeri dan rakyat dengan setiap ilmu yang saya peroleh," katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook (FB) The Royal Johor.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... lang-dalam-akademik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.046302 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list