View: 5368|Reply: 0
|
[Johor]
Apa perasaan jika perkara ini berlaku ke atas ahli keluarga kamu? - Hakim
[Copy link]
|
|
MOHAMAD Nurhakimi dijatuhi hukuman penjara dan denda kerana cabul pelajar. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Kamu anak sulung dan ada adik, apa perasaan jika perkara ini (cabul) berlaku ke atas ahli keluarga kamu?
"Yang buat salah anak, yang menanggung derita adalah orang tua (ibu bapa)," kata Hakim Mahkamah Sesyen Abu Bakar Manat sebelum menjatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM4,500 terhadap seorang lelaki, hari ini.
Keputusan itu dibuat selepas tertuduh Mohamad Nurhakimi, 21, mengaku salah terhadap pertuduhan pilihan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, Januari tahun lalu.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang pelajar perempuan di tepi Jalan Tengku Bendahara, Kluang pada 1.10 tengah hari, 12 Januari tahun lalu.
Pada 24 Januari tahun lalu, tertuduh didakwa di Mahkamah Majistret Muar namun mengambil pendirian mengaku tidak salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Berdasarkan fakta kes, mangsa ketika itu baru selesai sesi persekolahan sebelum berjalan menuju ke kenderaan ibu bapanya.
Tertuduh yang menunggang motosikal menahan mangsa dan berpura-pura bertanya sebelum mengambil kesempatan melakukan perbuatan itu.
Susulan itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa pada hari kejadian sebelum tertuduh ditahan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir sementara tertuduh diwakili Azrin Felicia Abdul Rahim.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara sehari serta denda RM4,500 selain tambahan penjara enam bulan sekiranya gagal membayarnya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... keluarga-kamu-hakim |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|