CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6636|Reply: 0

[Selangor] Pencuri kerang Kemboja mengganas

[Copy link]
Post time 11-1-2024 04:01 PM | Show all posts |Read mode

Anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor menahan sembilan individu dan sebuah kenderaan pacuan empat roda Mitsubishi Trition yang mengandungi benih kerang di perairan Kuala Selangor, semalam. FOTO IHSAN APMM

Kuala Selangor: Tidak hanya menceroboh masuk negara ini secara haram malah kumpulan pendatang haram Kemboja dan Thailand turut dikesan aktif mencuri benih kerang di perairan Malaysia.

Buktinya, sembilan individu termasuk enam warga asing berjaya ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Selangor di perairan Kuala Selangor, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 1.45 petang itu, lapan daripada suspek menggunakan tongkah untuk menangguk dan mencuri benih kerang.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, pasukan peronda Maritim Malaysia yang menyertai Op Ehsan dan Op Tiris 3.0 mengesan semua suspek di pesisir pantai Kuala Selangor.



"Ketika dihampiri, semua suspek cuba melarikan diri tetapi berjaya ditahan. Seorang lelaki bersama kenderaan pacuan empat roda yang menunggu di pesisir pantai turut diberkas.

"Hasil pemeriksaan awal mendapati tiga daripada suspek adalah warga tempatan berusia lingkungan 20 hingga 60 tahun. Manakala lima lagi adalah warga kemboja berusia lingkungan 25 hingga 45 tahun dan seorang warga Thailand berumur 26 tahun.

"Pemeriksaan dokumen mendapati semua warga asing itu melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/1963 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah," katanya.

Abdul Muhaimin berkata, pemeriksaan lanjut kemudian menemui lapan guni benih kerang, lapan tangguk dan dua tongkah.

Menurutnya, nilai rampasan benih kerang termasuk kenderaan berjumlah RM 74,800.

"Semua suspek dan hasil rampasan dibawa ke jeti Maritim Negeri Selangor sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat untuk tindakan lanjut mengikut peraturan -peraturan perikanan (pemuliharaan dan kultur kerang) 2003," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... g-kemboja-mengganas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.134191 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list