|
AZMAN dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Muar hari ini selepas menghadapi pertuduhan mencabul anak kekasihnya, 8 Januari lalu.
MUAR – Perbuatan jijik seorang juruteknik yang didakwa mencabul anak teman wanitanya mengundang padah apabila dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini.
Tertuduh, Azman Abdullah, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan dihadapan Hakim Abu Bakar Manat.
Mengikut kertas pertuduhan, lelaki didakwa mencabul kehormatan mangsa yang berusia 17 tahun di sebuah rumah di daerah Muar, pada pukul 8 pagi, Isnin minggu lalu (8 Januari).
Dia didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.
Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Abu Bakar membenarkan permohonan pendakwaan yang tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh faktor keselamatan mangsa.
Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 19 Februari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... cabul-anak-kekasih/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|