View: 10235|Reply: 0
|
[Johor]
Pengasuh direman empat hari bantu siasatan bayi digigit anak
[Copy link]
|
|
KESAN gigitan dibadan seorang bayi berusia enam dipercayai digigit oleh anak pengasuh.
KLUANG – Pengasuh kepada seorang bayi yang digigit hingga terdapat kesan koyakan pada kulit oleh anaknya ditahan reman selama empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Bahrain Mohd Noh berkata, rakaman percakapan ke atas wanita tempatan berusia 30 tahun itu dilakukan kira-kira pukul 10 malam semalam dan dibenarkan tahanan bermula hari ini sehingga Khamis ini untuk membantu siasatan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum penjara boleh sampai 20 tahun dan denda RM50,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
“Rabu lalu, polis menerima laporan dari ibu bayi lelaki berusia enam bulan yang mempunyai kesan gigitan di badan disyaki digigit oleh anak pengasuh yang berusia tiga tahun pada pukul 5.30 petang.
“Susulan itu, pengasuh yang juga wanita warga tempatan berusia 30 tahun yang tinggal di Taman Puteri Emas disini diambil rakaman percakapannya malam tadi,”katanya ketika dihubungi hari ini.-KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... -bayi-digigit-anak/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|