View: 9006|Reply: 6
|
Nak Ambil Air Di Sungai, Nenek 79 Tahun Cedera Parah Diserang Buaya
[Copy link]
|
|
Seorang wanita berusia 79 tahun dilaporkan mengalami cedera parah selepas diserang oleh seekor buaya dalam satu kejadian yang berlaku di Kudat, Sabah.
Memerik laporan Harian Metro, wanita yang berusia 79 tahun itu mengalami kecederaan parah di bahagian tangan dan kaki akibat dibaham buaya berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Kudat iaitu Superintendan Mohd Haris Ibrahim, pihak mereka menerima laporan mengenai kejadian daripada anak mangsa pada kira-kira jam 1.53 petang Isnin.
Difahamkan, mangsa dipercayai diserang reptilia tersebut ketika hendak mengambil air di sungai yang terletak berhampiran dengan rumahnya.
Bagaimanapun mangsa sempat diselamatkan oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Kudat untuk rawatan lanjut.
Dalam pada itu, mangsa kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan di Hospital Kudat.
Pihak polis kini merujuk kejadian tersebut kepada Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah untuk tindakan lanjut.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
mcm last week pun serangan buaya di kudat....kenapa ni? buaya marah di sana? |
|
|
|
|
|
|
|
haritu viral juga kat sarawak pun sama ada kena serang buaya |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Kakalongmu at 16-1-2024 03:06 PM
Macam dah banyak Kali serangan buaya berlaku kat Sabah Sarawak nun. Brunei dan Kalimantan jer tak dengar lagi beritanya. Baik la diburu buaya2 tu. Kulit buat beg Hermes. Dah belambak banyak dah kot sampai tak dak makanan nak membaham orang dah. Baik ler dikurangkan populasinya. Tinggalkan yang kecik2 tu jer |
|
|
|
|
|
|
|
Kakalongmu replied at 16-1-2024 12:34 PM
Macam dah banyak Kali serangan buaya berlaku kat Sabah Sarawak nun. Brunei dan Kalimantan jer tak de ...
Kulit tak laku. Banyak calar dan hodoh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|