CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 6804|Reply: 25

Konflik Palestin-Israel: Tentera Pendatang Haram Mula Berundur Dari Gaza

[Copy link]
Post time 17-1-2024 08:45 AM | Show all posts |Read mode






BANDAR GAZA – Divisyen tentera Israel yang melancarkan serangan darat pada 7 Oktober tahun lalu mula berundur dari Semenanjung Gaza, lapor portal berita The Palestine Chronicle kelmarin.


Pengunduran Divisyen Ke-36 itu berlaku pada hari ke-101 perang dahsyat yang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin di Gaza. Sebuah divisyen biasanya mempunyai kekuatan antara 10,000 hingga 15,000 askar.


Menurut Radio Tentera Israel, tiga lagi divisyen tentera Israel yang terlibat dalam perang tersebut akan kekal di Gaza buat masa ini untuk meneruskan serangan.


Situasi itu menyaksikan divisyen askar Israel masih berperang di beberapa tempat di selatan Semenanjung Gaza termasuk Divisyen Ke-99, Divisyen Ke-162 dan Divisyen Ke-7.


Divisyen Ke-36 yang berundur kelmarin melibatkan Briged Golani, Briged Ke-6, Ke-7 dan Brigade 188 serta Kor Kejuruteraan tentera Israel.


Beberapa penganalisis berkata, pengunduran Divisyen Ke-36 itu merupakan sebahagian daripada langkah pengunduran besar-besaran tentera Rejim Zionis dari Gaza yang akan dilakukan secara berperingkat.


Pengunduran secara beransur-ansur itu antara lain kata mereka, adalah untuk tidak menunjukkan perang telah berakhir atau tentera Israel gagal mencapai objektif utamanya iaitu menghapuskan kumpulan Hamas di Semenanjung Gaza.


Ini bukan kali pertama Israel melakukan pengunduran askar secara besar-besaran di Semenanjung Gaza.


Pada 31 Disember tahun lalu, beribu-ribu askar simpanan Israel diarahkan berundur dari medan perang.


Batalion Ke-13 Briged Golani juga berundur dari Shejaiya, Semenanjung Gaza pada 21 Disember tahun lalu selepas mengalami kekalahan besar ketika bertempur dengan pejuang Palestin.


Menurut portal berita Middle East Monitor, setakat ini, lebih 24,000 penduduk Palestin terbunuh dalam perang tentera Israel dan Hamas.


Lebih 60,000 penduduk lain cedera, manakala lebih 7,000 orang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang dibom oleh jet-jet tentera Israel.


Perang terbaru itu menyebabkan 85 peratus penduduk Semenanjung Gaza hilang tempat tinggal dan mengalami masalah kekurangan makanan, air bersih dan bekalan perubatan.


Sebanyak 60 peratus daripada bangunan dan infrastuktur lain di Semenanjung Gaza, sama ada rosak atau musnah akibat perang, demikian menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – AGENSI




Sumber - Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-1-2024 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Berundur pulakkk.. dasar penipu . Buat buat kalah.. pas tuu pi serang gereja sojid sepital.. rumah anak yatim.. pompuan tua.  

Aku doa moga Allah lempang sinyetanyahnyukk tuu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 04:19 PM | Show all posts
undur dari gaza.....
tapi sibuk tibai tebing barat pulak......
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 05:08 PM From the mobile phone | Show all posts
24,000 terbunuh
60,000 cedera
7,000 masih tertimbus
85% penduduk hilang tempat tinggal

Berundur sebab kalah?
More like berundur sbb dah puas hati. Sambung bulan puasa nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 18-1-2024 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Puak sial ni dah 2024 pun masih lg buat perangai xbertamadun serang negara org
Kata bangsa ni bangsa paling cerdik
Cerdik apa perangai mcm org xsekolah
Bodoh tak boleh hidup secara aman mcm org lain
Ko pergi duduk dlm hutan jgn duduk bercampur dgn manusia
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Maybe isroel ada softspot juga bagi laluan... Hamas weapon supplier iran ber perang dengan pakistan ketika ini di border...perang sama sendiri tidak perlu highlight di forum kecuali dengan yahudi and kapir saja...isroel maybe pilih untuk  egypt army di israel territory sekarang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2024 07:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Dovahkiin replied at 18-1-2024 05:08 PM
24,000 terbunuh
60,000 cedera
7,000 masih tertimbus

Bln pose nanti aku tembak balik.. mcn tuu laa.. kurangkan populasi org palestin pas tuu tembak balik semula..

Yg mati tuu mmg syahid aje laa . Syurga terus aje laa.. sometimes bila tgk org jahak sgt mcm ni nape ye Allah tak terus hukum je..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 07:59 AM | Show all posts
Dwdrum replied at 19-1-2024 07:45 AM
Maybe isroel ada softspot juga bagi laluan... Hamas weapon supplier iran ber perang dengan pakistan  ...

wow betullah.knp kurang highlight




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 08:00 AM | Show all posts
dah ada tindakbalas pakistan..


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:01 AM | Show all posts
baru beberapa hari lalu ada berita kata bidin dah dah tak bercakap dengan nenthayu.. barangkali inilah sebabnya israel mulai mengundurkan tentera
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:36 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 18-1-2024 03:59 PM
wow betullah.knp kurang highlight


Banyak news di filter di malaysia rasa nya... Seperti yemen blocked sea route western ships ter utama supply ke usrael... UAE  jordan... Saudi bagi land route ke israel untuk hantar je israel + lagi cepat
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:47 AM | Show all posts
miss_white replied at 18-1-2024 06:21 PM
Puak sial ni dah 2024 pun masih lg buat perangai xbertamadun serang negara org
Kata bangsa ni bangsa ...

diorg bukan x cerdik,tapi sombong bongkak dan tamak,bagi dia manusia lain selain diorg adalah binatang,diorg rasa diorg terpaling hebat,
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
The chosen people katanya
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 19-1-2024 01:47 AM
diorg bukan x cerdik,tapi sombong bongkak dan tamak,bagi dia manusia lain selain diorg adalah bina ...

Tak apa Masa dia akan tiba .
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dengan tentera hamas yg serba daif tu pun takleh menang lepas 100 hari wakakakka... Ingatkan israel kuat sangat... Tu pun dibantu berbilion dolar dana amarika.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Askar pampers masih cirit prettt prettt ke?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
ctaz replied at 18-1-2024 04:19 PM
undur dari gaza.....
tapi sibuk tibai tebing barat pulak......

Fatah masih percaya lagi dgn zionis ni.


Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:40 PM From the mobile phone | Show all posts
miss_white replied at 18-1-2024 06:21 PM
Puak sial ni dah 2024 pun masih lg buat perangai xbertamadun serang negara org
Kata bangsa ni bangsa ...

Tengoklah macamana zionis ni buat dekat mayat. Hidup zionis tak diajar utk hormat sesama makhluk.

Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2024 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
copy_paste replied at 19-1-2024 08:47 AM
diorg bukan x cerdik,tapi sombong bongkak dan tamak,bagi dia manusia lain selain diorg adalah bina ...

Mayat dalam kubur, zionis pergi korek.

Reply

Use magic Report

Post time 20-1-2024 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
sharlenetexas replied at 19-1-2024 01:40 PM
Tengoklah macamana zionis ni buat dekat mayat. Hidup zionis tak diajar utk hormat sesama makhluk.
...

Bangsa bodoh tak ada adab
Binatang lagi mulia dari bangsa pendatang hanyut isreal laknat ni

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 05:42 AM GMT+8 , Processed in 0.058282 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list