CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8057|Reply: 0

[Selangor] MAIS akan pastikan tiada lagi wang zakat diseleweng walau 1 sen

[Copy link]
Post time 17-1-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode

Abdul Aziz Mohd Yusof menjawab pertanyaan media selepas Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah MAIS dan Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Bagi Tahun 2024 di Dewan Muzakarah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah hari ini. FOTO BERNAMA

Shah Alam: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi keyakinan bahawa tidak akan berlaku lagi sebarang penyelewengan wang yang disumbangkan kepada agensi agama di bawahnya pada masa akan datang.

Pengerusi MAIS, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya mesti memberikan keyakinan kepada semua penyumbang zakat bahawa wang zakat mereka diuruskan dengan baik, tanpa ada penyelewengan walaupun satu sen.

"Dalam laporan media, ada wang zakat sebuah majlis agama Islam negeri diselewengkan dalam jumlah besar, dan termasuk juga (kes) Selangor tetapi tidak banyak.

"Jadi sekarang ini, kita tidak mahu perkara itu berulang lagi, kita ambil tindakan kepada sesiapa terbabit dan memberi ingatan supaya perbuatan itu jangan sekali-kali diulang lagi dalam institusi agama Islam Selangor.



"Yang berlaku baru-baru ini, yang tersiar di media itu (ada kes yang berlaku) di Lembaga Zakat Selangor (tetapi) tidaklah banyak.

"Tetapi kita sudah buat tindakan susulan dengan membuat laporan polis dan sebagainya supaya perkara itu tidak berulang lagi," katanya selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Pelan Anti Rasuah MAIS dan Majlis Perutusan Pengerusi MAIS tahun 2024 di Auditorium Dahlia, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mengesahkan, polis menyiasat empat kes pecah amanah berkait kutipan zakat masing-masing dua kes di Selangor, satu kes di Terengganu dan satu kes di Perak berjumlah RM9.7 juta.

Mengulas mengenai Pelan Anti Rasuah MAIS yang dilancarkan hari ini katanya, pelan berkenaan menggariskan lima bidang utama iaitu Pengurusan Pentadbiran, Perolehan, Projek, Agihan dan Sumbangan Baitulmal.

"Sebanyak 39 Inisiatif diwujudkan bagi mencegah gejala rasuah berlaku dalam agensi Islam membabitkan seluruh warga MAIS, agensi dan anak syarikat serta institusi yang menjalankan fungsi MAIS seperti masjid, surau dan sekolah agama Islam.

"MAIS berharap agar pelan ini dapat dipatuhi oleh setiap warga kerja MAIS bagi memastikan institusi agama Islam di Selangor sentiasa cekap, telus dan berintegriti selain peningkatan kawalan daripada aspek pengauditan dan kawalan risiko dalaman serta luaran bagi memastikan kredibiliti dan integriti organisasi sentiasa terpelihara," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... eleweng-walau-1-sen
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:49 AM GMT+8 , Processed in 0.220172 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list