CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33789|Reply: 0

[Selangor] Empat ‘port’ dadah digempur, 45 penagih dicekup

[Copy link]
Post time 20-1-2024 05:10 PM | Show all posts |Read mode

Antara penagih dadah yang ditahan dalam operasi itu di Taman Sentosa, Klang, hari ini. Foto oleh ISKANDAR SHAH MOHAMED/ KOSMO!

KLANG – Empat ‘port’ penagihan dadah yang bergiat aktif antara sebulan hingga lima tahun lalu digempur polis di sekitar daerah ini, hari ini.

Serbuan bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu membawa kepada penahanan seramai 45 lelaki berusia 25 hingga 75 tahun termasuk bekas penjawat awam.

Operasi lebih tiga jam itu dijalankan sepasukan 152 pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor serta Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan dan Klang Utara.

Penolong Pengarah (Pencegahan) Judi dan Maksiat D7 JSJ Bukit Aman, Asisten Komisioner Muhammad Riduan Manap berkata, serbuan dilakukan di semua lokasi secara serentak melibatkan kawasan Taman Sentosa, Pelabuhan Klang, Taman Eng Ann dan Taman Bukit Kuda.

“Ketika serbuan, rata-rata individu itu mahu menagih dadah di lokasi berkenaan dan gagal melarikan diri selepas dikepung polis.

“Ada daripada mereka turut cuba menyorok di sebalik semak namun berjaya dihidu dan ditahan,” katanya ketika ditemui pada operasi itu, petang ini.

Tinjauan Kosmo! lokasi serbuan meliputi kawasan tanah lot kosong dan bawah jambatan yang menjadi tumpuan penagih tegar heroin, syabu serta ganja.

Malah lebih mengejutkan tokan dadah turut menyediakan papan tanda jenis jualan dadah iaitu ‘ubat’ (heroin), ‘Batu’ (syabu) dan ‘Daun’ (ganja).

Tambah Muhammad Riduan, semua tangkapan dibawa ke IPD Klang Selatan dan Klang Utara bagi tindakan lanjut termasuk saringan air kencing. – KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... 45-penagih-dicekup/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:37 AM GMT+8 , Processed in 0.300639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list