CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33768|Reply: 0

[Selangor] Ini betul-betul tamak!

[Copy link]
Post time 20-1-2024 05:16 PM | Show all posts |Read mode

DUA bot nelayan dikendalikan 10 warga Indonesia termasuk dua tekong yang leka mengaut hasil laut dicekup Maritim Malaysia Selangor di perairan Tanjong Karang, semalam. FOTO ihsan Maritim Malaysia

Tanjong Karang: Ceroboh sempadan perairan dan curi sebanyak mungkin hasil laut negara.

Itu tindakan 10 nelayan warga Indonesia termasuk dua tekong yang dikesan menggunakan dua bot untuk menangkap ikan di kedudukan 30 batu nautika barat daya Sungai Tengkorak di sini.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kegiatan itu bagaimanapun dikesan pihaknya pada jam 3.45 petang kelmarin.

"Pada masa sama, satu lagi bot turut dikesan di lokasi berhampiran dan Maritim Malaysia berjaya menahan seorang tekong bersama empat awak-awak.



"Hasil pemeriksaan mendapati semua suspek berusia lingkungan 25 hingga 56 tahun gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah.

"Selain itu, dianggarkan kira-kira 400 kilogram ikan campur berada di atas dua bot itu. Mereka melakukan aktiviti penangkapan ikan menggunakan rawai," katanya semalam.

Menurutnya, bot dan semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor bagi siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63.

Dalam perkembangan berasingan, Abdul Muhaimin memaklumkan pihaknya berjaya menahan empat warga Indonesia di perairan Sekinchan, kelmarin, kerana melakukan aktiviti perikanan di perairan negara ini.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... i-betul-betul-tamak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:52 AM GMT+8 , Processed in 0.056991 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list