CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19433|Reply: 0

[Johor] 'Kami cuma dapat rangka' - Kakak Bella

[Copy link]
Post time 21-1-2024 11:07 AM | Show all posts |Read mode

NORHISHAM (kiri) ketika tiba di lokasi penemuan rangka di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah.

Batu Pahat: "Sekarang sudah masuk 38 hari. Apa yang saya dan keluarga dapat? Kami cuma hanya dapat (jumpa) rangka.

"Nyawa adik saya menjadi taruhan waktu ini." Demikian luahan Norhisham Samsusah, 36, sepanjang kes kehilangannya adiknya.

Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmila Shamsusah, 32, dilaporkan hilang pada malam 14 Disember lalu, namun kehilangannya masih menimbulkan misteri walaupun penemuan rangka di sebuah rumah sewa di Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, disyaki ada kaitan dengan wanita itu.

Menurut Norhisham atau mesra dipanggil Ayu, mereka sekeluarga menuntut keadilan buat Bella seandainya itu pengakhiran buat adiknya.

"Kami sangat kecewa walaupun sudah pelbagai usaha dibuat untuk mencari bukti individu terakhir bersama Bella itu adalah pelaku.

"Apa lagi saya tak buat... yang saya yakin dan tersangat yakin teman lelaki Bella tahu kehilangan adik saya. Tapi, sekarang selepas 38 hari, apa yang kami dapat?

"Kalau tahu awal di mana Bella disorok, sudah tentu keluarga dapat 'body' (mayat) bukan rangka walaupun sudah tidak bernyawa, tapi masih boleh kami peluk cium untuk kali terakhir," katanya.

Menurutnya, dia dan Bella sentiasa berkongsi segala perkara yang hendak dilakukan dan yakin adiknya tidak hilang begitu saja.

Katanya, individu terbabit dikatakan banyak mereka-reka cerita mengenai adiknya walaupun dia tahu apa yang berlaku di sebaliknya.

"Saya dah cuba beli telefon bimbit baru untuk menyalin semula maklumat di telefon asal Bella. Tujuannya untuk melihat sejauh mana kebenaran seperti diberitahu lelaki itu kepada pihak berkuasa.

"Apa yang saya dapat ialah semua jawapan diberikan individu itu jauh menyimpang. Saya dengan emak (Noraini Salleh) terpaksa turun naik balai untuk mengetahui perkembangan semasa adiknya sepanjang tempoh itu," katanya menerusi coretan di Facebook.

Sementara itu, ibunya, Noraini kekal dengan pendirian bahawa rangka ditemui itu bukan Bella seperti digemburkan.

"Saya yakin sebab ketika ini saya boleh bercakap. Kalau betul rangka itu Bella, sudah tentu saya tidak seperti ini," katanya.

Bella dilaporkan hilang selepas keluar ke kedai dobi namun kedua-dua dikatakan melencong ke tempat lain.

Petang Jumaat lalu, polis menemui rangka tidak sempurna di rumah sewa terbiar di Tongkang Pechah selepas dipandu oleh salah seorang suspek.

Keluarga Bella juga dimaklumkan dengan penemuan itu namun polis belum dapat mengesahkan sama ia adalah wanita yang dilaporkan hilang atau sebaliknya.

Sehingga kini, tiga individu termasuk teman lelaki Bella dan bapa saudara sudah direman sehingga 27 Januari ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -rangka-kakak-bella

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.057740 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list