CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16630|Reply: 0

[Selangor] Berdosa suami ‘like’ gambar perempuan lain

[Copy link]
Post time 21-1-2024 01:01 PM | Show all posts |Read mode

Ustaz Azhar Idrus.

PETALING JAYA – Hukum bagi seorang suami menekan tanda suka atau ‘like’ pada gambar wanita lain adalah berdosa jika tindakan itu dilakukan atas sebab kecantikannya.

Menurut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus dalam satu sesi ceramahnya baru-baru ini, berdosa juga hukumnya jika meninggalkan tanda suka pada gambar wanita yang tidak menutup aurat.

Namun ujar Ustaz Azhar Idrus atau lebih dikenali sebagai UAI, tidak berdosa jika seseorang suami niat ‘like’ sesuatu hantaran atas sebab suka dengan isi kandungan yang dipaparkan.

“Inilah masalah media sosial. Kalau suami ‘like’ itu sebab perempuan itu cantik, mendedahkan aurat, maka berdosa.

“Tapi kalau dia ‘like’ itu bukan kerana aurat itu, tetapi kerana apa yang perempuan itu ucapkan itu betul, contohnya wanita itu berikan resipi makanan dan dia tidak tutup aurat.

“Jadi bila dia ‘like’ dia bukan ‘like’ perempuan itu tak tutup aurat, dia ‘like’ resipi. Maka tidak berdosa,” katanya.

Bagaimanapun, UAI menasihati para suami agar meninggalkan benda yang meragukan dan sebaik-baiknya tidak perlu ‘like’ gambar wanita lain demi mengelakkan fitnah.

“Kemudian pula bini dia cemburu tengok. ‘Aku disuruh tutup aurat, perempuan lain dia pakai ketat dia pergi ‘like’. Apabila begitu terjadilah keraguan benda yang meragukan.

“Maka sebaiknya tak usah ‘like’ kerana dia menyebabkan isteri kita rasa ragu. Nabi kata kalau meragukan, tinggalkan perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... bar-perempuan-lain/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:31 AM GMT+8 , Processed in 0.041759 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list