View: 16499|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Kes lelaki rakam aksi seks dengan 20 wanita, jual video lucah masih disiasat
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan lebih mendalam berhubung kes seorang lelaki yang menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita menerusi laman sosial.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ia tidak boleh didedahkan sehingga siasatan selesai.
"Buat masa ini kita (PDRM) masih dalam usaha siasatan yang lebih mendalam.
"Jadi kita tidak boleh nak dedahkan lagi. Apabila sudah habis siasatan kita akan maklumkan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
Terdahulu, Harian Metro melaporkan seorang lelaki tempatan menjalankan aktiviti menjual video lucahnya melakukan hubungan seks dengan lebih 20 wanita pelbagai bangsa menerusi laman sosial ditahan di Janda Baik, Pahang, pada 18 Januari lalu.
Suspek berusia 31 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di sebuah rumah di Kampung Janda Baik, pada 2.30 petang.
Dalam serbuan sama, polis menahan dua teman wanitanya berusia 23 dan 27 tahun di rumah yang turut didiami oleh bapa lelaki terbabit.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati suspek yang pernah dua kali berkahwin dan bercerai memulakan aktiviti menjual dan mempromosikan ubat kuat seks dari China menerusi platform media sosial, sejak awal tahun lalu.
Beliau dilaporkan berkata, demi mengaut keuntungan lebih tinggi suspek kemudian mempelajari cara baharu merakam video dia melakukan hubungan seks ganas dengan teman wanitanya sebelum menjual adegan berkenaan dalam tiga saluran di aplikasi Telegram, sejak Julai tahun lalu.
Susulan itu, suspek bersama dua teman wanitanya direman selama lima hari bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 372(1)(e) Kanun Keseksaan, Seksyen 292 kanun sama serta Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ucah-masih-disiasat |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|