View: 9682|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
13 kanak-kanak derita penyakit SMA perlu bantuan segera RM765,000
[Copy link]
|
|
GAMBAR hiasan
Kuala Lumpur: Seramai 13 kanak-kanak yang menderita penyakit jarang ditemui iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) memerlukan bantuan segera berjumlah RM765,000 bagi tujuan pembelian ubat dan rawatan.
Presiden SMA Malaysia, Shakira Jamil Fisal berkata, sebahagian kanak-kanak ini bergantung harap dengan bantuan mesin pernafasan untuk terus hidup.
"Terdapat rawatan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kanak kanak ini. Antaranya tiga ubat yang boleh merawat penyakit SMA ini yang mana bergantung pada keadaan mereka adalah nusinersen (Spinraza) anggaran RM300,000 untuk enam suntikan, onasemnogene abeparvovec-xioi (Zolgensma) dan risdiplam (Evrysdi).
"Merujuk kepada keadaan kanak-kanak ini, mereka amat memerlukan bantuan untuk mendapatkan rawatan ubat Spinraza dengan segera untuk mengelakkan kesihatan semakin merosot.
"Rawatan spinraza ini adalah penting untuk meningkatkan kefungsian otot, menghentikan atau memperlahankan perkembangan penyakit dan untuk memanjangkan jangka hayat mereka," katanya.
Menurutnya, pihaknya turut bekerjasama dengan Yayasan Luth dalam membantu mengumpul dana perubatan dan rawatan.
"Kami ingin mengajak orang ramai untuk turut sama membantu kanak kanak ini yang bertarung nyawa untuk hidup. Sumbangan boleh dibuat menerusi pautan https://yayasanluth.com/tabung-dana-kecemasan/
"Pihak Yayasan Luth turut melancarkan Misi Bantuan Kecemasan Kanak Kanak SMA di platform mereka," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... uan-segera-rm765000 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|