CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8004|Reply: 0

[Selangor] Ibu, anak perempuan maut dihempap lori

[Copy link]
Post time 22-1-2024 12:59 PM | Show all posts |Read mode

Anggota bomba sedang mengeluarkan mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

KUALA LANGAT – Dua beranak maut selepas kenderaan dinaiki dihempap sebuah lori di dalam parit di Jalan Banting – Dengkil di sini, hari ini.

Kedua-dua mangsa yang maut di lokasi kejadian adalah ibu dan anak perempuannya masing-masing berusia 10 tahun dan 40an.

Turut cedera adalah seorang lagi anak mangsa yang merupakan wanita berusia 20an.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 7.03 berhubung kemalangan melibatkan lima buah kenderaan.


Keadaan kereta dinaiki tiga beranak yang dihempap lori tersebut.

Katanya, berdasarkan maklumat awal sebuah lori telah melanggar empat kereta lain iaitu dua jenis Honda City, satu Perodua Bezza dan sebuah lagi kereta tidak dapat dikesan.

“Lori tersebut telah menghempap Perodua bezza dan terdapat tiga orang mangsa di dalam kereta tersepit.

“Sembilan anggota terlibat dalam operasi tersebut dengan kesemua mangsa berjaya dikeluarkan bermula dalam tempoh sejam bermula 8.45 pagi,” katanya hari ini.

Beliau menambah, dua daripada mangsa termasuk kanak-kanak disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan seorang lagi cedera di bahagian kaki.

Ahmad Mukhlis menjelaskan, kesemua mangsa telah dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan selanjutnya. -KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... maut-dihempap-lori/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.040307 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list