View: 11269|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Deretan gerai singgang akhirnya dirobohkan
[Copy link]
|
|
Kerja-kerja merobohkan deretan gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak merobohkan deretan gerai singgang di Jalan Dewan Sultan Sulaiman 1, Kampung Baru di sini, hari ini.
Kerja-kerja tersebut bermula pukul 9 pagi tadi dan membabitkan 26 buah gerai makanan di laluan tersebut.
Difahamkan, seramai 26 penjaja gerai singgang itu akan berniaga di lokasi baharu iaitu Medan Selera Singgang Madani@batu Bata, Titiwangsa.
Terdahulu, DBKL menerusi kenyataannya memaklumkan, kerja meroboh deretan gerai di lokasi asal akan dilaksana hari ini dan pihaknya sudah mengeluarkan notis pemakluman pengosongan tapak itu sejak Oktober tahun lepas.
Menurut DBKL, notis itu menghendaki setiap penjaja mengosongkan tapak selewat-lewatnya 31 Disember tahun lalu dan notis peringatan pula dikeluarkan pada awal Januari tahun ini. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... khirnya-dirobohkan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|