CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21735|Reply: 0

[Johor] Rangka manusia sah milik Bella - Polis

[Copy link]
Post time 23-1-2024 10:20 PM | Show all posts |Read mode


Penemuan rangka manusia yang tidak sempurna di rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7, Tongkang Pecah sah milik Mira Sharmila Samsusah, 32 atau Bella. - Foto Sinar Harian
BATU PAHAT: Misteri identiti rangka manusia tidak sempurna yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani Kampung Batu 7 Tongkang Pecah, pada Jumaat lalu, akhirnya menemui jawapan.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, laporan analisa ujian asid deoksiribonukleik (DNA) sudah diterima lewat petang Selasa.

Menurutnya, melalui laporan itu mengesahkan hasil analisis DNA didapati ia sepadan dengan sampel yang diambil dari ibu dan kakak Mira Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dilaporkan hilang pada 14 Disember tahun lalu.

"Sampel patologi telah dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 21 Januari dan laporan analisa DNA diterima pihak polis hari ini.

"Pihak polis sudah menghubungi keluarga mangsa untuk menuntut mayat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Johor Bahru," katanya melalui kenyataan pada Selasa.

Menurut Ismail lagi, kertas siasatan telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri dan mendapat arahan tuduh salah seorang tangkapan dalam tahanan reman mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Pertuduhan akan dibuat di Mahkamah Majistret Batu Pahat esok," katanya.


https://www.astroawani.com/berita-malaysia/rangka-manusia-sah-milik-bella-polis-455265

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.040639 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list