CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5971|Reply: 1

[Johor] Bella pernah cakap nak putus cinta dengan suspek – Kakak

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:49 PM | Show all posts |Read mode

NORISHAM (kiri) bersama ahli keluarganya yang lain bertemu pemberita ketika hadir menuntut rangka mayat milik Bella di Jabatan Perubatan Forensik HSI, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Bella, atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah, 32, pernah meluahkan hasrat untuk memutuskan hubungan cinta dengan teman lelakinya, Mohammad Haikal Mahfuz, 24.

Kakak bella, Norisham, 36, turut memberitahu, Bella turut memaklumkan mahu berpindah ke Johor Bahru untuk menetap bersamanya pada musim cuti persekolahan akan datang.

Katanya, hasrat itu tidak kesampaian apabila takdir menetapkan Bella ditemui mati selepas rangka yang ditemui di sebuah rumah terbengkalai di Lorong Imam Jailani, Kampung Batu 7, Tongkang Pechah, Batu Pahat pada 19 Januari lalu disahkan miliknya.

“Bella ada beritahu hendak tinggalkan lelaki itu, dia nak pindah duduk Johor Bahru bersama dengan saya, tetapi tak kesampaian, dia berkawan dengan lelaki itu sejak tujuh bulan lalu,” katanya ketika ditemui di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultan Ismail (HSI), fi di sini semalam.

Norisham hadir bersama ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat mereka bagi menuntut rangka mayat milik Bella yang selesai menjalani menjalani proses post mortem untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Banang Jaya, Batu Pahat.

Turut hadir memberikan sokongan kepada keluarga, pendakwah bebas, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau lebih dikenali dengan nama Ebit Lew.

Tambah Norisham, dia akan menjaga kedua-dua anak arwah Bella yang kini berusia lima dan dua tahun.

“Kalau ikutkan pengakhiran seperti ini sangat mengecewakan, kerana pada hari kedua kehilangannya saya dah jangka lelaki (suspek) tahu sesuatu, cara dia bercakap pun sudah tahu penipuan dia, tetapi akhirnya ini yang kami dapat. Walaupun begitu Alhamdulillah, dapat juga (pengakhiran).

“Saya juga hendak berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang mengikuti kes ini, tanpa anda semua mungkin tidak sampai ke tahap ini,” ujarnya lanjut. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... engan-suspek-kakak/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2024 04:59 PM | Show all posts
dia berkawan dengan lelaki itu sejak tujuh bulan


baru 7 bulan kawan, dah keluar pakai bj kelawar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 01:53 AM GMT+8 , Processed in 0.063048 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list