CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6597|Reply: 0

[Selangor] OPR kekal tiga peratus

[Copy link]
Post time 24-1-2024 04:55 PM | Show all posts |Read mode





Pengumuman BNM mengekalkan OPR bakal melegakan banyak pihak. -Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC), Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Kadar Dasar Semula (OPR) dikekalkan pada tiga peratus.

Menurut bank pusat, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

“MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian prospek inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.

“Jawatankuasa ini juga akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Mengulas lanjut, BNM berkata, ekonomi global terus berkembang, didorong oleh permintaan dalam negeri berikutan keadaan pasaran pekerja yang teguh.

Terdapat beberapa tanda bahawa sektor elektrik dan elektronik semakin pulih, namun perdagangan global terus lemah, sebahagiannya disebabkan oleh perbelanjaan yang terus beralih daripada barangan kepada perkhidmatan serta sekatan perdagangan yang berterusan.

“Walaupun ekonomi China terus menunjukkan tanda-tanda keadaan bertambah baik, pemulihan ini kekal sederhana berikutan kelemahan dalam pasaran harta  tanah,” jelasnya.

Selain itu, Inflasi keseluruhan dan inflasi teras global menurun sedikit pada bulan-bulan kebelakangan ini, namun terus melebihi purata.

BNM menerangkan, pada peringkat global, meskipun pendirian dasar monetari dijangka kekal ketat pada tempoh terdekat, kitaran pengetatan bagi kebanyakan bank pusat telah mencapai tahap tertinggi.

Prospek pertumbuhan terus bergantung pada risiko pertumbuhan menjadi perlahan, terutamanya disebabkan oleh ketegangan geopolitik yang semakin meruncing, inflasi sebenar yang lebih tinggi daripada jangkaan dan volatiliti pasaran kewangan global yang ketara. -KOSMO! ONLINE


https://www.kosmo.com.my/2024/01/24/opr-kekal-tiga-peratus-3/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-1-2025 07:05 AM GMT+8 , Processed in 0.154043 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list