CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9730|Reply: 0

[Perak] Jumpa di Sungai Kinta selepas dua hari hilang

[Copy link]
Post time 25-1-2024 10:17 AM | Show all posts |Read mode

LELAKI dipercayai terjatuh dalam lombong dekat Sungai Galah kelmarin, ditemukan lemas di Sungai Kinta. FOTO ihsan BOMBA

Pasir Salak: Lelaki dipercayai terjatuh dalam lombong dekat Sungai Galah, Selasa lalu ditemukan lemas di Sungai Kinta berhampiran Kampung Gajah, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mangsa ditemui pada 2.20 pagi, 20 kilometer (km) dari lokasi dia jatuh.

"Pasukan penyelamat berjaya menemukan mangsa dalam keadaan terapung selepas dimaklum penduduk kampung yang melihat objek seperti mayat.

"Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan, hari ini.


Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa digerakkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kampung Gajah selepas menerima panggilan daripada pihak polis pada 9.30 malam Selasa lalu.

SAR itu kemudian bersambung hingga semalam dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air daripada BBP Teluk Intan yang meliputi pencarian seluas 30 meter radius, selain pencarian di permukaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi berkata, identiti mangsa belum diketahui dan meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga untuk tampil membantu siasatan.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... pas-dua-hari-hilang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-5-2024 04:47 PM GMT+8 , Processed in 0.057972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list