View: 7014|Reply: 0
|
[Negeri Sembilan]
Mangsa tular dipukul rupanya turut dinodai ayah
[Copy link]
|
|
Gambar hiasan.
REMBAU – Derita seorang anak perempuan yang dipukul dengan teruk oleh ayahnya di Kendong, di sini, awal pagi semalam sehingga tular membongkar satu lagi episod hitam hidupnya apabila dia memaklumkan kepada doktor dia pernah diperkosa ayah.
Bahkan, mangsa juga menyatakan dia dipukul dengan teruk disebabkan ayahnya yang berusia 47 tahun tidak berpuas hati dengan tindakannya membocorkan rahsia hitam itu kepada teman wanita bapanya yang turut sama tinggal di rumah berkenaan.
Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, pihaknya menerima laporan mangsa dirogol dari pegawai perubatan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah tengah malam tadi.
“Mangsa kini mendapatkan rawatan di hospital berkenaan selepas mengalami beberapa kesan kecederaan di bahu kanan, kiri, bahagian belakang kepala sebelah kiri, tangan sebelah kanan dan di bibir.
“Mangsa juga memberitahu doktor yang merawatnya dia pernah diperkosa bapanya pada 12 November tahun lalu. Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat kesan koyakan lama di bahagian ‘hymen’ pesakit,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Ujar Hazri lagi, mangsa yang merupakan anak pertama dari empat adik-beradik, tinggal bersama nenek di Rantau setelah penceraian ibu bapanya di usia empat tahun baru sahaja tinggal bersama ayahnya pada Jun 2022.
Menurutnya, pada November tahun lalu, suspek masuk ke bilik mangsa dan memperkosa mangsa serta memberi amaran kepada mangsa supaya tidak memberitahu perkara tersebut kepada sesiapa pun.
“Kira-kira 10.45 malam kelmarin (23 Januari), telah berlaku pergaduhan antara mangsa dan suspek di mana suspek telah bertindak memukul mangsa menggunakan tangan serta beberapa alatan seperti kerusi plastik, bakul kain plastik dan meja seterika.
“Dengan bantuan teman lelaki mangsa, pihak polis dihubungi dan suspek telah di tangkap. Sementara mangsa pula telah di bawa ke Hospital Tampin menaiki ambulans untuk mendapatkan rawatan susulan sebelum dipindahkan ke HTAN,” katanya.
Menurutnya, saksi kejadian iaitu teman wanita suspek telah tampil bagi membantu siasatan dan suspek yang mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta direman empat hari.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan, Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 dan Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/01 ... turut-dinodai-ayah/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|