View: 9509|Reply: 0
|
[Johor]
Pekerja kebun tak mengaku miliki 5 bilah pisau
[Copy link]
|
|
Mohd Faizal dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen selepas mengaku tidak bersalah memiliki lima bilah pisau. FOTO Alias Abd Rani
Muar: Pekerja kebun dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dakwaan memiliki lima bilah pisau pada Sabtu lalu.
Tertuduh, Mohd Faizal Selamat, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Irwa Suainbon.
Mengikut pertuduhan, Mohd Faizal didakwa memiliki senjata itu di Jambatan Kedua Muar di Lebuhraya AMJ Muar-Melaka pada 10.40 pagi 27 Januari lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 serta boleh dihukum mengikut peruntukan sama.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 10 tahun dan juga boleh dikenakan hukuman sebatan.
Berdasarkan laporan, polis membuat pemeriksaan terhadap tertuduh selepas didapati berada dalam keadaan mencurigakan.
Hasil pemeriksaan menemui lima bilah pisau pelbagai jenis termasuk berhulu keluli tahan karat pada tertuduh.
Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Sulehan Abd Rahman, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Susulan pengakuan tidak bersalah tertuduh itu, mahkamah kemudiannya membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah juga menetapkan kes itu disebut semula pada 5 Mac ini termasuk serahan dokumen dan lantikan peguam tertuduh.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... iliki-5-bilah-pisau |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|