CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9227|Reply: 0

Tiada perbincangan bawa kembali perlumbaan F1 ke Sepang - PETRONAS

[Copy link]
Post time 1-2-2024 10:47 AM | Show all posts |Read mode

Perlumbaan Grand Prix Formula 1 Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 2017.

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengesahkan tiada perbincangan diadakan untuk membawa kembali Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang.

Syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia memaklumkan perkara itu susulan laporan agensi berita antarabangsa mengenai potensi untuk membawa kembali penganjuran acara sukan permotoran berprestij itu pada 2026.

"Kami mengesahkan bahawa tiada perbincangan mengenai membawa kembali sukan itu ke Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang," menurut PETRONAS dalam kenyataan hari ini.

Perlumbaan berprestij F1 diadakan di SIC setiap tahun dari 1999 sehingga kerajaan memutuskan untuk menghentikan acara itu pada 2017 berikutan penurunan pulangan yang ketara dan peningkatan kos penganjuran.

SIC bagaimanapun masih menjadi sebutan peminat F1 sekali gus mewujudkan spekulasi berterusan tentang potensi litar itu untuk kembali ke kejohanan tersebut. - BERNAMA

https://www.bharian.com.my/sukan ... -ke-sepang-petronas
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-12-2024 01:08 AM GMT+8 , Processed in 0.076864 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list