View: 19490|Reply: 0
|
[Selangor]
100,000 pemilik kediaman kampung dikecualikan cukai taksiran tahun lalu
[Copy link]
|
|
Kerajaan negeri membantu hampir 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri melalui pengecualian cukai taksiran dengan kos RM11.551 juta, tahun lalu. - Foto fail NSTP
SHAH ALAM: Kerajaan negeri membantu hampir 100,000 pemilik kediaman kampung di seluruh negeri melalui pengecualian cukai taksiran dengan kos RM11.551 juta, tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim, berkata sejak bermulanya usaha ini, sebanyak 745,790 unit sudah diberikan pengecualian dengan peruntukan RM91.498 juta.
"Kerajaan negeri komited untuk terus memberikan bantuan kepada pemilik-pemilik kediaman kampung serta beberapa langkah baharu pada tahun ini.
"Bagi meningkatkan kemudahan serta kualiti fasiliti di persekitaran kampung sebagai usaha memelihara nilai dan makna kampung-kampung di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.
Justeru, katanya kerajaan negeri akan meneruskan pengecualian cukai taksiran bagi pemilik kediaman kampung yang memerlukan serta berpendapatan sederhana.
"Bagi memastikan program berjalan lancar, proses ini akan dimulakan dengan pengeluaran bil secara fizikal pada akhir bulan ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Datuk Ng Suee Lim. - Foto fail NSTP
"Proses pengeluaran bil akan dilaksanakan oleh setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) daerah masing-masing kepada pemilik kediaman kampung.
"Bagi pemilik kediaman kampung yang menepati syarat kelayakan boleh menyampaikan permohonan bermula 1 Mac 2024 sehingga 31 Mei 2024, dan setiap keputusan permohonan boleh disemak mulai 1 September 2024," katanya.
Jelas beliau, syarat kelayakan adalah pemohon mesti warganegara Malaysia yang menetap di Selangor, pemilik berdaftar kediaman kampung di Selangor.
"Mempunyai keluasan rumah kampung 2,000 kaki persegi dan ke bawah pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah.
"Pemohon layak untuk satu akaun atau satu rumah sahaja," katanya.
Beliau berkata, kerajaan negeri akan terus membantu pemilik-pemilik kediaman kampung terutamanya mereka yang memerlukan.
"Pusat-pusat Khidmat Masyarakat akan bersedia untuk membantu mempercepat dan menyempurnakan proses permohonan yang akan dibuat secara dalam talian dan fizikal," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... ukai-taksiran-tahun |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|