View: 2548|Reply: 0
|
[Selangor]
Hiba peluk bapa 24 tahun terpisah
[Copy link]
|
|
TANGKAP layar video detik pertemuan Mohammad Sadam dan bapa kandungnya, Roslan.
Kuala Selangor: Tanggal 18 Januari lalu menjadi hari yang cukup bermakna buat Mohammad Sadam Roslan kerana dapat bertemu semula dengan bapa kandungnya, Roslan Md Nur Kasim selepas 24 tahun terpisah.
Pertemuan itu adalah yang pertama selepas Mohammad Sadam, 27, ditinggalkan bapanya ketika berumur tiga tahun.
Mohamad Sadam tidak berseorangan ke Batu Bara, Medan, Indonesia sebaliknya ditemani sepupunya, Rahmayani Sulaiman, 33, dan suami, Muhamad Safwan Sharom, 35.
Kisah itu mendapat perhatian selepas video dimuat naik Rahmayani di TikTok tular.
Rakaman video itu menunjukkan detik memilukan Mohammad Sadam memeluk bapanya, Roslan, 55, yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan.
Mengimbas detik pertemuan, Mohammad Sadam yang menetap di Kampung Asam Jawa di sini, berkata, dia tidak pernah menyangka akan bertemu semula dengan bapanya dan sudah lama menanti waktu itu tiba.
"Ayah warga Indonesia manakala emak orang sini (Malaysia) dan apa saya tahu, mereka sudah lama berpisah.
"Kali terakhir jumpa ayah waktu umur saya tiga tahun jadi tak ada banyak memori kerana masih kecil.
"Sejak ayah pergi, emak yang membesarkan saya dan abang jadi memang banyak bergantung dengan emak.
"Jadi sejak kecil lagi memang tak dapat merasa kasih sayang seorang ayah, hanya tengok orang lain saja jadi tipu kalau saya katakan tak rindu, malah dulu pernah juga menyalahkan ayah kerana tinggalkan kami," katanya ketika dihubungi Harian Metro.
MOHAMMAD Sadam dan bapa kandungnya, Roslan bertemu semula selepas 24 tahun terpisah. FOTO Ihsan Mohammad Sadam Roslan
Menurut Mohammad Sadam, bukan enggan berusaha mencari bapanya sebelum ini namun tidak berhasil.
Mohammad Sadam yang bekerja sebagai penunggang p-hailing berkata, dia juga bukan datangnya daripada keluarga senang jadi masalah kewangan salah satu punca yang membantutkan niatnya.
"Bayangkan, saya tak pernah ada pasport seumur hidup namun buat juga kerana nak jumpa ayah di Indonesia.
"Sudah lama nak cari ayah dan ibu pun tak halang cuma tak ada rezeki sehingga sepupu dari Indonesia yang bekerja di sini terjumpa dengan ibu saudara saya.
"Bertitik tolak daripada situ, sepupu dapat jejak keluarga saya hingga dapat pertemukan saya dengan ayah," katanya
Mohammad Sadam berkata, tiada kata-kata dapat diungkap ketika pertama kali bertentang dengan bapanya kerana terlalu sebak.
"Kami terus berpelukan dan ayah menangis. Waktu pertemuan itu, isteri ayah (ibu tiri) dan dua anak mereka juga ada bersama.
"Saya sempat luangkan masa tiga hari di sana (Indonesia) sebelum pulang ke tanah air pada 21 Januari lalu," katanya.
Jika diberi kesempatan, Mohammad Sadam mahu bertemu lagi dengan bapanya kelak.
"Saya tengok keadaan ayah susah jadi jika ada rezeki, saya yang akan ke sana (Indonesia) lagi untuk berjumpa dengannya.
"Kalau boleh, saya nak beraya di sana dengan ayah namun kena dapat izin emak dahulu," katanya.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... a-24-tahun-terpisah |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|