View: 8863|Reply: 0
|
[Wilayah Persekutuan]
Anggota polis wanita maut, rakan parah motosikal bergesel lori
[Copy link]
|
|
ANGGOTA polis wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, Kuala Lumpur. FOTO Ihsan Pembaca
Kuala Lumpur: Anggota polis wanita maut, manakala seorang lagi parah dalam kemalangan di Kilometer 2.7 Lebuhraya Duta-Ulu Kelang, di sini, kelmarin.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan berlaku berhampiran Plaza Tol Batu arah Setapak menghala ke Sungai Besi jam 12.58 tengah hari membabitkan sebuah motosikal Yamaha Ego Solariz dan lori jenis Rigid.
"Sebaik tiba di susur keluar ke arah Jalan Kuching, kedua-dua kenderaan itu bergesel menyebabkan penunggang motosikal jatuh di hadapan lori berkenaan.
"Kemalangan itu mengakibatkan penunggang motosikal yang juga seorang anggota polis wanita berusia 31 tahun parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan Hospita Kuala Lumpur (HKL).
"Pembonceng motosikal yang juga seorang anggota polis wanita berusia 33 tahun pula turut parah dan dibawa ke HKL untuk menerima rawatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Sarifudin berkata, pemandu lori iaitu seorang lelaki berusia 38 tahun pula dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan itu.
"Kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Balai Polis Trafik, Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999 atau Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana- mana balai polis berhampiran," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... sikal-bergesel-lori |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|