CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8766|Reply: 0

[Perak] 'Bila lagi Uya nak makan mi kari kakak?'

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:41 AM | Show all posts |Read mode

ASLINDA Bani, 38, tidak dapat menahan kesedihan sejurus menerima berita kematian adiknya, Aszura Bani, 37. FOTO BERNAMA

Tapah: "Bila lagilah Uya (Aszura) nak makan mi kari kakak ni?", kata Noraini Maswan, 44, mengingati kata-kata Aszura Bani, 37, mangsa lemas tragedi kepala air di Sungai Kenjur, Sungai Poh, Bidor, sewaktu mangsa singgah makan di kedai makan tempat Noraini bekerja.

Noraini berkata, Isnin lalu, Aszura kali terakhir datang makan mi kari kuah kicap di kedainya bersama anaknya lelakinya, Hafiy Muhayat Azam, 4, yang turut terbabit dalam kejadian petang semalam.

Dua lagi anak Aszura yang dikhuatiri lemas ialah Hana Mikayla, 6, dan Hanum Marissa, 2.

"Saya tak sangka kata-kata itu menjadi petanda Aszura akan pergi selama-lamanya, dia dan Hafiy memang selalu makan di kedai tempat saya bekerja sejak setahun lalu, seminggu sekali dia akan singgah makan dan makanan kegemarannya mi kicap kuah kari," katanya ketika ditemui di sekitar tempat kejadian, malam tadi.



Dalam kejadian semalam, Aszura yang berkelah bersama tiga anaknya, kakaknya Aslinda Bani, 38, anak Aslinda dan seorang pembantu rumah, terperangkap dalam kepala air jam kira-kira 4.03 petang sebelum mayatnya ditemukan petang semalam.

Ia disusuli penemuan mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dipercayai anaknya, pada 9.45 malam tadi.

Bagaimanapun, Aslinda dan anaknya yang berusia 12 tahun serta pembantu rumah wanita warga Indonesia ditemukan selamat, manakala dua anak Aszura masih hilang.

Sementara itu, kakak ipar Aszura, Ainur Radin Mustapha Amiruddin, 51, berkata, dia bertemu dengan Aszura, suaminya Azam Radin Mustapha Amiruddin, 46, dan dan tiga anak saudaranya di rumahnya ibunya di Bidor, minggu lalu.

Beliau berkata, dalam pertemuan itu, tiga anak saudaranya sangat teruja bertemu nenek mereka dan dalam minggu itu sahaja telah dua kali Aszura dan adiknya sekeluarganya melawat rumah berkenaan.

"Mereka (tiga beradik) kata sangat rindukan opah mereka, minggu lepas sahaja dua kali mereka datang melawat," katanya.

Ainur berkata, adiknya Azam tidak mengikuti isteri dan anak-anaknya berkelah, kerana ada urusan lain.

"Sehingga sekarang saya masih belum jumpa Azam sebab dia terus ke hospital, saya tak tahu keadaan dia macam mana, sebab hilang isteri dan tiga anak sekali gus," katanya.

Ainur berkata, dia berharap dua lagi anak saudaranya akan ditemukan, walau dalam apa keadaan sekali pun.

"Kalau boleh memang nak mereka selamat, jika tidak, harap dipermudahkan (pencarian)," katanya.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mencari dua kanak-kanak mangsa yang masih hilang diteruskan pagi ini.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... makan-mi-kari-kakak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.388631 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list