CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9032|Reply: 0

[Selangor] Doktor OKU beri inspirasi kepada pesakit hilang kaki

[Copy link]
Post time 8-2-2024 10:45 AM | Show all posts |Read mode

DR Muhammad Shafaat Soaf berstatus OKU fizikal dilahirkan dengan masalah kaki pendek dengan dua jari pada kaki kirinya.FOTO Ihsan Dr Muhammad Shafaat Soaf.

Sungai Buloh: "Kalau saya boleh kenapa kamu tidak?" kata yang sering diungkapkan Dr Muhammad Shafaat Soaf setiap kali bertemu dengan pesakit yang hampir putus asa selepas mengalami kecacatan.

Dr Muhammad Shafaat, 30, yang kini bertugas di Jabatan Perubatan Rehabilitasi Hospital Sungai Buloh di sini, memahami keadaan pesakit kerana dirinya juga berstatus orang kurang upaya (OKU) fizikal kerana dilahirkan dengan masalah kaki pendek sejak lahir dengan dua jari pada kaki kirinya.

Walaupun begitu, Dr Muhammad Shafaat yang menggunakan kaki palsu tidak menjadikan kekurangannya sebagai halangan jauh sekali alasan untuk mengejar cita-citanya sejak kecil untuk bergelar doktor.

"Waktu kecil, saya tak perasan pun kekurangan diri mungkin sebab hanya fikir seronok main dengan kawan-kawan.



"Kiranya, saya okay saja macam tak ada apa sehingga masuk tingkatan empat, baru timbul persoalan mengapa dilahirkan begini mungkin kerana sudah penat berjalan dan sakit kaki belakang.

"Tapi apabila berbalik kepada al-Quran, baru saya tersedar semula yang Allah SWT tak uji di luar kemampuan dan pujuk hati untuk berlapang dada serta bersyukur dengan keadaan diri kerana mengenangkan di luar sana, ramai yang lebih teruk keadaannya ," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Menurut Dr Muhammad Shafaat, keadaan dirinya itu memberi kelebihan untuknya mendekati dan menyelami perasaan pesakit.

"Di Jabatan Perubatan Rehabilitasi, saya kerap bertemu dengan pesakit OKU juga mereka yang dipotong kaki akibat jangkitan kuman dan diabetes.

"Lazimnya, rakan setugas akan minta pesakit rujuk dengan saya dan memang ada yang hampir putus asa jadi peranan saya adalah beri semangat untuk mereka bangkit semula dengan lihat keadaan saya.

"Kalau boleh, saya nak beri inspirasi bagi meyakinkan pesakit yang mereka boleh berjaya jika ada usaha dan hakikat orang normal pun ada kekurangan," katanya.

Berhubung perkongsiannya di TikTok yang menunjukkan kecenderungannya dalam aktiviti kecergasan, Dr Muhammad Shafaat berkata, niatnya bersenam adalah untuk meningkatkan keyakinan diri terutama apabila berdepan dengan orang sekeliling.

"Dulu, badan kurus dan tak sedap dipandang jadi waktu tahun ketiga menuntut di universiti, saya mula ke gimnasium dan dapat bentuk tubuh diinginkan hasil latihan dijalankan.

"Waktu mula pergi gimnasium dulu memang ada yang pandang dan tengok kaki saya tapi tak ada pula yang perlekehkan.

"Pernah juga nak putus asa apabila tak dapat hasil diinginkan selepas lama berlatih tapi buang pemikiran negatif itu malah penat macam mana pun akan gimnasium kerana mahu hilangkan tekanan," katanya yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Perubatan lulusan Jordan University of Science and Technology (JUST) di Jordan.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... pesakit-hilang-kaki
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 10:39 AM GMT+8 , Processed in 1.031755 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list