|
Keadaan Tokong Ci Kuang Ting yang terbakar malam tadi di Jalan Genuang, Segamat.
SEGAMAT – Sebuah tokong dikenali Tokong Ci Kuang Ting berusia 64 tahun yang merupakan antara tokong tertua di Segamat terbakar di hari Tahun Baharu Cina di Jalan Genuang, di sini malam semalam.
Menurut Penolong Kanan Penguasa Bomba (PKPgB) Mazuki Ismail, pihak bomba menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian kira-kira pukul 8.25 malam.
“Setibanya pihak bomba di tempat kejadian, didapati berlaku kebakaran sebuah tokong cina yang berkeluasan 80 kaki x 160 kaki persegi.
“Bahagian hadapan dan bumbung Tokong Ci Kuang Ting yang terletak di Jalan Genuang tersebut musnah kira-kira 6 peratus,”katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Mazuki berkata, hasil siasatan mendapati kebakaran melibatkan perkakas sembahyang dan bumbung bangunan.
Katanya, orang awam bertindak memadam kebakaran awal menggunakan dua unit alat memadam api.
Tambahnya, bomba memadam sisa kebakaran menggunakan satu aliran salur bantu mula dari pam jentera sehingga selesai.
Beliau berkata, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Operasi ditamatkan pada pukul 9.33 malam.
Tokong Ci Kuang Ting adalah sebuah tokong bersejarah di Segamat yang wujud sekitar tahun 1960an dan menjadi antara lokasi tumpuan pelancong serta penduduk setempat.-KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -64-tahun-terbakar/ |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|